Pelakon senior, Faizal Hussien menyatakan rasa syukur kerana sehingga kini, dirinya masih lagi menjadi pilihan para pengarah meski telah mencecah usia separuh abad.
Menurut Faizal, 56, keikhlasan ketika bekerja dan sentiasa menjaga hubungan baik sama karyawan menjadi pendorong buat dirinya untuk kekal relavan sehingga ke hari ini.
“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin cara kerja saya yang membuatkan saya relevan sampai ke hari ini. Apabila kita bekerja, kita harus melakukannya seikhlas mungkin.
“Bekerja di hadapan layar ni bila kita tak ikhlas, reaksi tersebut akan jelas terpancar di wajah kita. Apabila kita ikhlas, segalanya akan berjalan dengan lancar.
“Malah, perhubungan antara saya dengan pekerja-pekerja filem yang menjayakan sesuatau projek juga baik.
“Saya tiada membezakan orang-orang di set. Saya layan mereka semua sama. Sebagai contoh mungkin hari ini dia membancuh air sahaja, siapa tahu 10 atau 15 tahu lagi dia pula yang jadi pengarah atau produser,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Buhonan itu ditemui di set lokasi program YouTube, #MHthrowback.
Ditanya mengenai sikap segelintir pelakon yang sering mengambil mudah mengenai kualiti lakonan mereka, ini reaksi jujur yang diberikan oleh bapa kepada dua cahaya mata itu;
“Perbezaannya pada zaman dahulu, stesen tv tak banyak dan job pun terhad. Jadi, tiap-tiap kerja yang dilakukan oleh pelakon lama ini selalunya seikhlas dan sebagus yang mungkin.
“Apabila zaman dah berubah, stesen tv dah banyak dan job pula berlambak-lambak, jadi tanggapan pelakon tu sendiri membuatkan mereka jadi kurang serius dengan kerja mereka.
“Bila job dah banyak, selepas satu projek ke satu projek, ia membuatkan seseorang itu rasa macam ‘Ah..Aku tak buat pun takpa. Di situlah hilangnya disiplin dan hubungan baik dengan pekerja-pekerja filem yang lain.
“Mungkin dia jadi ri4k atau som.bong pasal dia dah popular pada zaman sekarang. Kalau zaman dulu, bila kita buat satu projek ini kita tak tahu projek akan datang. Mungkin itulah perbezaannya,” jelasnya lagi.
Tiga buah filem lakonannya yang bakal menemui peminat ialah Daddyku G4ngster, Harum Malam dan R3mp-it 2.
Sumber:MH