“Kenapa pula sekarang nak ‘bersirim-sirim’, Kau ingat org Malaysia ini kaya-raya?” – Jaafar Onn Ber4ng

Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), pelakon dan pengacara senior, Jaafar Onn melahirkan rasa kecewanya.

Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang mempersoalkan mengapa sesetengah pihak suka menyusahkan rakyat yang memang sudah tersepit disebabkan pand..emik Co.vi….d-19.

“Ada ke pula sekarang nak pakai pelitup muka kena ada cop SIRIM. Apa bendalah semua ini.

“Menyusahkan orang. Selama ni tak payah pun, kenapa pula sekarang ini ‘bers.irim-sirim’?,” getus Jaafar, 71.

Menyebelahi nasib rakyat yang terke.san disebabkan pand…emik, pelakon filem televisyen, 18 Puasa Di Kampong Pisang itu menegaskan, selama ini tiada cop SIRIM namun semuanya berada dalam keadaan tidak mendatangkan mudarat.

“Ini semua nak buat bisnes agaknya, kau ingat apa? Kau ingat orang Malaysia ini kaya-raya? Asyik nak kenakan duit, duit, duit. Orang nak cari duit pun susahlah.

“Apa bendalah nak kena cop SIRIM bagai, selama ini yang kita pakai dah tiga tahun tiada pun cop SIRIM ke apa, tiada apa-apa pun (jadi).

“Ma.ti lagi ada lah. Apo la.hai. Bo….doh punya kerja. Assalamualaikum,” ujar Jaafar menerusi satu muat naik video dalam TikTok.

Hari ini, media meleporlan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*