Home Viral Penyanyi Zainal Abidin Mengaku Lakukan ‘Botox’ Pada Kulit

Penyanyi Zainal Abidin Mengaku Lakukan ‘Botox’ Pada Kulit

151
0

Penyanyi veteran, Datuk Zainalabidin, berkongsi mengenai penggunaan rawatan ‘botox’ untuk menjaga kulitnya agar sentiasa nampak sihat dan tegang. Dengan usia 64 tahun, Zainalabidin menyatakan bahawa sebagai seorang penghibur, penampilan dirinya adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.

“Sebagai seorang penghibur, beginilah kehidupan saya, di mana, saya berdepan dengan orang ramai dan selalunya, ‘close up’. Ditambah pula dengan kualiti kamera sekarang yang berkualiti tinggi, jadi, memang nampak segala kedutan…” – Zainal

“Jadi, bagi memastikan penampilan saya sihat, ia harus diperbaiki dan dirawat dengan sebaiknya. Tapi, sebenarnya, saya tak malu untuk katakan saya buat ‘botox’. Tapi, bukan ‘filler’…” – Katanya

“Ini adalah demi mendapatkan kulit yang sekata, segar dan sihat. Selagi saya sihat, selagi itu saya masih boleh beraksi di atas pentas…” – Katanya lagi

Ditanya tentang kebolehannya untuk menjalani prosedur tarik benang untuk menegangkan bahagian leher, Zainalabidin menyatakan bahawa dia akan mempertimbangkannya sekiranya diperlukan.

“Kesihatan tak boleh dibeli, tapi kita kena berusaha mendapatkannya. Botox ini, masih lagi baru-baru ini (digunakan). Apabila saya pergi berjumpa dengan pihak Idealyst, mereka maklumkan mengenai keadaan kulit saya yang berkedut terutamanya, bila saya senyum…” – Tambahnya

“Bahagian leher saya pula, dah mula nampak macam ayam belanda. Jadi, ia tak elok sekiranya ada gambar atau visual ‘close up’….” – Tambahnya lagi

Zainal juga memberi cadangan kepada mereka yang berminat melakukan rawatan wajah untuk merujuk kepada klinik atau pengamal perubatan yang bertauliah demi keselamatan. Sebelum ini, Zainal telah ditemui pada acara Minum Petang bersama Datuk Zainalabidin yang dianjurkan oleh Idealyst Clinic di Bangsar.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Ni Lagi Sekor, Drama Kuat…” – Izreen Azmida Sound Intan Salleh
Next articleHafidz Roshdi dan Athirah Yuhada Bakal Bernikah Dalam Masa Terdekat?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here