Home Isu Semasa “Penat bekerja tetapi tidak dibayar…” – Pelakon Veteran Wan Maimunah Kongsi Dpat...

“Penat bekerja tetapi tidak dibayar…” – Pelakon Veteran Wan Maimunah Kongsi Dpat Bayaran Tidak Setimpal.

257
0

Industri seni tanah air sememangnya dipenuhi dengan bakat yang serba boleh tidak kira usia mahupun bangsa.

Seni lakonan di negara kita ini tidak akan sampai ke tahap tinggi sebegini jika tiada pelopor atau bakat-bakat yang lebih matang seperti pelakon-pelakon veteran kita.

Pelakon veteran tidak dibayar?

Bagaimanapun, menerusi laporan Astro AWANI difahamkan Wan Maimunah Wan Abdul Aziz berkongsi permasalahan yang sering dihadapi golongan pelakon veteran termasuk dirinya apabila bayaran yang dibuat tidak setimpal dengan bakat dan pengalaman yang ada.

Perkara itu juga menyebabkan mereka tawar hati untuk menerima tawaran berlakon.

“Ibu banyak tolak tawaran sejak kebelakangan ini. Ibu merayu kepada penerbit turunlah padang, jenguk-jenguklah berapa yang dibayar kepada kami kerana kadang-kadang bukan penerbit yang tak bayar, pengurus produksi yang tak bayar.

“Banyak orang tidak tahu tentang perkara ini. Kita penat bekerja tetapi tak dibayar, maksudnya orang tengah yang ambil. Kebanyakan anak seni memendam rasa, makan hati sendiri dan disebabkan minat, mereka telan juga,” katanya dalam laporan tersebut.

Seniwati itu juga berkongsi banyak pihak produksi yang tidak menghargai bakat mereka sebaliknya mereka lebih mementingkan pengikut di media sosial.

Berbeza dengan pelakon di luar negara

Rosnah

Tambahnya lagi, perkara itu amat berbeza dengan penggiat seni di luar negara kerana mereka biasanya memandang tinggi dan lebih menghargai bakat pemain industri yang lebih berusia ini.

“Sangat berbeza di luar negara kerana mereka lebih menghargai bakat yang ada pada seseorang seniman. Bukan kita minta anak seni disanjung atau ditatang tetapi hormati mereka,” kata Wan Maimunah

Sebagai info, Wan Maimunah pernah memenangi Anugerah Bintang Popular (ABPBH) bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular pada tahun 1992 hingga 1996/97 serta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2002.

Bakat mereka ini harus kita hargai, tanpa mereka tidak adalah industri seni lakonan seperti sekarang.

Sumber:Lobak Merah

Previous article” Jualan Untuk Wakaf” – Miliki Al-Quran Beridentiti Sendiri, Neelofa Sasar Lebih 30,000 Jualan.
Next article“Smpai mnirap, Smpai ke sudah dok betulkan kopiah” – [VIDEO] Jebat Jayden ‘Gaduh’ Dengan Kopiah Masa Solat.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here