Home Isu Semasa ” Jualan Untuk Wakaf” – Miliki Al-Quran Beridentiti Sendiri, Neelofa Sasar Lebih...

” Jualan Untuk Wakaf” – Miliki Al-Quran Beridentiti Sendiri, Neelofa Sasar Lebih 30,000 Jualan.

119
0

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk melancarkan Mushaf Al-Quran untuk tujuan wakaf akhirnya terlaksana hasil kerjasama dengan Yayasan Restu.

Memetik laporan Oh Bulan!, wanita itu menjelaskan bahawa proses penghasilan dan cetakan Al-Quran Al-Karim edisi khas itu telah memakan masa selama dua tahun.

“Proses menghasilkan dan mencetak Al-Quran ini memakan masa kira-kira dua tahun kerana kami ingin mencari pencetak yang memenuhi semua kriteria diinginkan.

“Akhirnya, kami dipertemukan dengan Yayasan Restu yang memiliki pengalaman luas dalam bidang seni mushaf dan kesenian Islam lebih 30 tahun. Yayasan itu juga menguruskan Kompleks Nasyrul Quran iaitu Pusat Pencetakkan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia,” kata Neelofa selaku Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN).

Neelofa ditemui pihak media selepas usai majlis pelancaran Waqaf Al-Quran dan usrah Ajaibnya Berwaqaf di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.

Sumber:CARI

Previous articleDari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Bekas Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu!
Next article“Penat bekerja tetapi tidak dibayar…” – Pelakon Veteran Wan Maimunah Kongsi Dpat Bayaran Tidak Setimpal.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here