iPhone termasuk dalam jajaran Gadget yang dirancang serta dipasarkan Apple Inc. Pada zaman kini, anak muda lebih gemar memakai telefon berjenama iPhone yang dikhabarkan mempunyai pelbagai fungsi yang bersesuaian dan mengikut peredaran zaman.
Semalam tular di tiktok milik @zaiem_ainn di mana dalam video tersebut dapat dilihat pemilik rakaman sedang mengambil video bagaimana proses ayam digoreng dengan minyak yang panas namun malang tidak berbau apabila ketika sedang merakam, iphone tersebut terjatuh ke dalam minyak yang sedang menggelegak bersama dengan ayam-ayam yang sedang digoreng.
“First time tengok video masak2 sampai viewer pon kena masak. Abg punya tutorial goreng ayam mmg padu”
“Abg, mohon share condition fon dan model fon”
“sy pakai 13pro..alhamdullilah fon boleh guna mcm biasa..cuma speaker je bunyi lain ckit..nnti sy hntr video kat abg”
Dikhabarkan abang tersebut memakai telefon berjenama Apple sehinggakan boleh lagi bertahan apabila terjatuh ke dalam minyak yang panas. Sehinggakan terdapat komen dari netizen yang mengatakan abang tersebut sedang membuat review telefon.
“Review iphone terpaling rare”
Lihat video klip di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen warganet :
@Amaya : Kami dah faham perasaan ayam bile kena goreng..
@K : sekurang kurangnye celup la tepung dulu bang
@marshmelloww : bang. nasib baik abg angkat cepat. kalau tak rangup kulit saya bang
@Rahmat VB : TT sy juga niche masakan, tp setakat ni, sy xberani shoot sampai dlm kuali mcm abg buat
@fizo_bukan_nama_sebenar : Mantap menu baru,kita try kat umah nnti,tpi kena tnggu hari gaji laaa
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang menghiburkan di ruangan komen video tersebut. Video tiktok tersebut telah mendapat 700 ribu tontonan dan 60 ribu suka di tiktok.
Baca juga : “Dpat Iphone 12 weyyy..” (Video) Aksi Spontan BFF Single Terharu Dpat Hadiah Iphone12, Rupa-Rupanya…
Baca juga : “Terlalu Banyak Permintaan Review Produk, Ada Kala Haziq Stress” – Ibu
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok dan Instagram