Perkongsian cerita ini disiarkan oleh pengguna aplikasi Facebook di Thailand yang menggunakan akaun yang bernama Nonggying Chuaibamrung. Seorang penumpang yang dikenali sebagai Sumeth Singpun, berusia 49 tahun terkejut melihat pemandu teksi yang membawa tangki oksigen kerana mengalami masalah kesihatan.
Namun pemandu teksi tersebut tetap mencari rezeki demi menyara hidupnya walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan dan untuk membayar segala rawatan nya. Beliau juga dipercayai menetap dirumah seorang diri selepas ditinggalkan oleh anaknya.
Baca lagi: “Pemandu Grab/Foodpanda ada dimana-mana” – Wanita lawan dua orang peragut, peragut salah pilih mangsa
Baca lagi: Hamil anak sulung, lain macam mengidam isteri pemandu ini… teringin pegang lori pasir tapi peliknya ada syarat – “Kontena, treler dia tak minat”
Sumeth Singpun juga mengatakan pemandu teksi tersebut harus bekerja kerana wang yang beliau dapati sebagai orang kelainan upaya tidak cukup untuk membayar rawatan nya. Sumeth juga mengatakan beliau menghidap masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis secara berjadual.
Sumeth juga mengatakan pemandu teksi tersebut membawa teksinya dengan kelajuan sekitar 40 km/j demi keselamatan penumpang kerana beliau mempunyai masalah penglihatan yang kurang baik.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Nang