Home Hiburan “Paling Risau Kalau Saya Pergi Dulu“ – Masya Allah, Niat Aeril Zafrel...

“Paling Risau Kalau Saya Pergi Dulu“ – Masya Allah, Niat Aeril Zafrel & Isteri Nak Bina Masjid Akhirnya….

277
0

Selepas hampir dua tahun tertangguh, pelakon Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal akhirnya boleh menarik nafas lega apabila hasrat untuk membina masjid bakal terlaksana.

Menurut Wawa, proses untuk membina Masjid sebenarnya telah tertangguh apabila yayasan miliknya sebelum ini masih belum diluluskan.

“Sebab mengapa tak terdirinya lagi masjid kerana nak tunggu kelulusan yayasan.

“Tapi Alhamdulillah minggu lepas yayasan tu pun sudah diluluskan.

“Nak buat masjid ni tak boleh sewenang-wenangnya dan kena ada akaun asing untuk yayasan.

“Insya-Allah bulan depan dah boleh buka akaun semua, baru boleh start,” katanya.

Jelas Wawa, lokasi masjid tersebut masih sama iaitu di Rengit, Batu Pahat.

“Nak buat kebaikan ni bukan senang, ada saja dugaan dan halangan.

“Tapi Alhamdulillah Wawa lega, lepas settle Wisma, now boleh bina masjid,” katanya.

Tambahnya, masjid berkenaan bakal menelan kos sebanyak RM2.5 juta yang bakal memuatkan kira-kira 400 jemaah.

“Mulanya kos sekitar RM1.4 juta tapi lepas Covid ni semua naik dua kali ganda sampai RM2.5 juta.

“Wawa dah asingkan duit, tapi mungkin kita bukakan juga pada orang ramai untuk menyumbang,” katanya.

Sementara itu menurut Aeril, hasratnya untuk membina masjid bukanlah atas sebab bernazar tetapi lebih kepada niatnya sahaja.

“Kami tidaklah bernazar, tapi hanya niat.

“Bagi saya, saya paling risau jika benda ni tak siap kalau saya pergi dulu.

“Kalau saya meninggal, ada benda saya boleh bangga di sana kelak,” katanya.

Aeril berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Wawa Fantasy Dream dan perasmian ibu pejabat baharu, baru-baru ini.

Sumber: Gempak

Previous article“Saya lari tapi tak jumpa jalan keluar…” – [VIDEO] Aliff Syukri Tk Smpat Cuci B3rak, Lri Lintang Pukang Rumah Trbakar…
Next articleTakut sangat sampai tak jumpa jalan keluar, Dato Aliff tampil dedahkan rakaman masa rumah naik api
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here