Home Hiburan Takut sangat sampai tak jumpa jalan keluar, Dato Aliff tampil dedahkan rakaman...

Takut sangat sampai tak jumpa jalan keluar, Dato Aliff tampil dedahkan rakaman masa rumah naik api

203
0

Tidak dinafikan, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi mengenai kisah hidupnya di media sosial. Alah bisa tegal biasa, walaupun sering berhadapan situasi tersebut, beliau sentiasa mengharungi segala tomahan yang dilemparkan kepadanya dengan perasaan cekal dan tabah. Namun dalam perkembangan terkini, Dato Aliff ada berkongsi rakaman detik-detik cemas mereka sekeluarga berhadapan dengan api. “Pengalaman yang amat menakutkan saya awakkk apabila mendengar jeritan dari anak-anak, pengawal , sy pa, maid dan tukang kebun ..melihat asap naik sampai ke atas waktu tu saya sedang berak sampai sy x sempat cuci berak dan tak perasan langsung terbakar awakk..

waktu tu Ada kebakaran.. orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit saya lintang Pukang lari sampai tak cukup tanah nak lari dah lah rumah sy besar sgt.. sy lari lari tapi tak jumpa jalan keluar..waktu tu tuhan je tahu ..waktu tu saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya saja..tak fikir dah jam mahal, rumah mahal .. sy buntu dan mengelabah.. siapa yang nak part2 vedio ni sy kongsikan..” klik sini untuk lihat video. Berikut pula reaksi warganet, @yengg_z Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dan Semoga Dilindungi Oleh Allah SWT. @chocodaps_officialkualalumpur Semoga dipermudahkan segala urusan dato sekeluarga. @eyza_jallaluddin Sempat dato record ye kalau sy dah lari bawak anak anak. Berikut sedikit info mengenai rumah Dato Aliff

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah mengimpikan hasrat untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana sejak usianya 23 tahun. Menurut Aliff, 31, impian itu muncul ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu. “Ketika itu saya menerima darjah kebesaran di Istana Pahang dan saya tertarik dengan kemewahan istana dan mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah mewah berkonsepkan begitu. “Saya sedar saya hanya orang biasa dan bermula daripada situ saya menyimpan azam dan berusaha untuk mencapai impian ini.

Luas dan besar suasana dalam rumah bak istana. “Alhamdulillah akhirnya tahun 2018, impian saya ini berjaya direalisasikan dan ia adalah hasil kerja keras saya sendiri,” katanya kepada mStar Online. Aliff ditemui semasa program jelajah media ke kediamannya dikenalii Aliff Syukri Palace di Kota Damansara, di sini pada Selasa. Rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal. Ditanya mengenai kos pembinaan rumah tersebut, Aliff berkata dia lebih selesa untuk merahsiakan tentang hal itu.

Suasana di ruang tamu. Sementara itu, usahawan yang juga merupakan penyanyi ini memberitahu niatnya berkongsi mengenai kediaman ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau riyak. Sebaliknya, dia hanya ingin memberi inspirasi kepada masyarakat supaya tidak pernah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian. “Demi Allah saya bukan nak riyak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, dari tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua. “Saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi dan jangan pernah mengalah untuk mengapai impian.

Suasana di luar rumah pada waktu malam. “Harap-harap tak ada yang kecam kerana saya hanya ingin berkongsi yang baik-baik sahaja,” katanya yang merancang menceburi perniagaan jualan perabot selepas ini. Dalam pada itu Aliff menggunakan perabut di kediamannya ini yang diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia. Keluasan rumahnya ini ialah 40,000 kaki persegi. Selain mahligai berkenaan Aliff juga memiliki kediaman di Pavilion Kuala Lumpur dan penginapan diberi nama Sugeh Resort yang mengendalikan Sugeh Village di Sungai Buloh dan Sugeh Hill di Janda Baik, Pahang.

Tular Aliff Syukri Tampil Buat Lakonan Semula Isu Akak 7E. Sekali Ini Reaksi Ringkas Kak Long. “Nak undur balik tak boleh dan saya akui apa yang berlaku memang kes.ilapan saya,” luah ibu dua anak, Wan Nor Baizura Bharudin. Wan Nor Baizura, 33, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai videonya dan anak sulung, Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8, yang teruk dikritik selepas tular di laman sosial sejak semalam. Video itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata warganet mengkritik tindakan Wan Nor Baizura dan anaknya di dalam kedai serbaneka yang dianggap biadab serta keterlaluan.

Berkongsi perasaannya, Wan Nor Baizura yang menetap di Seberang Pintasan, di sini, mengakui terkesan sejak videonya tular di laman sosial kerana bukan hanya dirinya dan anak, malah keluarganya turut terkena tempias. “Kejadian di kedai serbaneka itu berlaku pada Rabu lalu dan saya mengaku terl.anjur kata. Bagaimanapun, salah faham antara saya dan pekerja kedai serbaneka itu serta pihak pengurusannya sudah selesai, malah kami sudah memohon maaf antara satu sama lain. Saya tak boleh lari kerana lebih baik berhadapan saja dengan akibatnya sebab saya yang buat salah. Permohonan maaf dibuat dengan rela hati, bukan kerana paksaan,” katanya ketika dihubungi.

Wan Nor Baizura turut mengakui kes.ilapannya kerana merakam dan membuat siaran langsung mengenai keja.dian itu hingga video berkenaan tular. “Saya bukan mahu jadikan anak saya seperti dalam kisah Anakku Sazali cuma sebagai ibu, saya mahu pertahankannya. Kucing pun sayangkan anak, inikan saya manusia, namun apa yang berlaku buat saya sedar kesilapan diri. Jujurnya, saya tersentap membaca komen segelintir warganet kerana ada yang mengatakan anak saya akan jadi pen.agih, tetapi saya cuba bersabar dan anggap ini sebagai ujian. Saya akan berusaha mendidiknya dengan lebih baik,” katanya yang mencari rezeki sebagai peniaga alat kosmetik di pasar malam. Sementara itu, berhubung rakamannya di restoran makanan segera yang tular hari ini, Wan Nor Baizura berkata, ia adalah video lama.

“Seingat saya, video itu dirakam pada 2020. Ia tular semula kerana ada warganet meng.orek video lama saya. Saya harap orang ramai tidak mengaitkan kesilapan saya dengan penduduk di tempat saya menetap. Bukan hanya saya dan keluarga, malah penduduk kampung turut terkena tempiasnya. Sedangkan, kesilapan datang daripada saya dan saya harap warganet tidak samakan sikap saya dengan orang Dungun kerana ramai yang baik belaka,” katanya.

Menurutnya, dia tidak boleh mengawal mulut warganet daripada mengkritik, tetapi ada beberapa individu cuba mengajak orang membo.ikot perniagaannya. Katanya, seandainya mereka berterusan menga.ibkan dan menca.larkan m.aruah hingga perniagaannya terjejas, dia akan mengambil t.indakan undang-undang. Sementara itu, suaminya, Mohd Hamizam Abdul Hakim, 38, tahu mengenai kritikan warganet terhadap isteri dan anaknya, tetapi menganggapnya sebagai ujian Allah buat keluarganya. “Setakat ini, kami mampu berdepan dengan kritikan itu dan semoga semuanya jadi lebih baik selepas ini,” katanya. Reaksi Beliau Bila Aliff Syukri Buat Lakonan Semula

Kredit : HM/FB

Tak Pasal Pasal Kena Kritik Dengan Warganet Gara Gara Ucap Hari Jadi Buat Sajat. Tak Boleh Berdiam Diri Ini Respon Padu Aliff Syukri. Gara-gara beri ucapan hari lahir kepada Sajat, Aliff Syukri kena kritik. Tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menulis ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya iaitu Sajat mengundang rasa kurang senang warganet di laman sosial. Tidak melihat ucapannya itu sebagai satu isu besar, Aliff, 35, berkata dia hairan apabila netizen memarahinya kerana perkongsian di Instagram itu.

“Aku malas nak layan korang sebenarnya, tak salah pun kalau aku nak wish dia punya birthday. Aku rasa antara salah dia itu biar (dia) dengan Tuhan, aku tak nak masuk campur! Korang yang nak marah-marah aku, m.4ki-m.4ki aku kat Instagram dah kenapa?” kata Aliff menerusi aplikasi TikTok. Sebelum itu, seorang pengikut mempersoalkan tindakan Aliff memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang ke-37 yang disambut pada Rabu lalu. “Datuk akan masuk neraka tau apabila ucap happy birthday dekat Sajat! Saya tak sukalah,” komen seorang pengikut.Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya!

Pada Jumaat, menerusi Instagram penyanyi lagu Cuba Bahagia ini menulis ucapan istimewa untuk sahabat baiknya itu yang kini menetap di Australia. “Selamat hari jadi kepada kawan baik, bekas jiran yang sekarang di Australia, Sajat. Bosan rasanya apabila kau tak ada di sini. Apa pun yang terjadi aku sentiasa mendoakan kau bahagia di dunia dan akhirat. All the best dan semoga sukses walaupun di mana anda berada. Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya. Semoga kau panjang umur, dipermudahkan segala urusan hendaknya,” tulis Aliff.

Untuk rekod, Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia. Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah. Ketika itu Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia. Sumber: Mstar

Berangan Nak Jadi Artis Nasyid. Sekali Aliff Syukri Dedah Gambar Bersama Kumpulan Inteam Saat Berumur 15 Tahun. Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia sebenarnya bercita-cita menjadi seorang penyanyi nasyid dan meminati kumpulan Inteam. Menurut Aliff, dia menjadikan kumpulan Inteam sebagai idola sejak usianya mencecah 15 tahun. “Masa ni saya baru 15 tahun, cepat ye masa berlalu dulu saya berangan nak jadi artis nasyid hahaha. Hanya kenangan ketika ini saya sekolah pondok di Pasir Tumboh Kelantan. Dulu dan kini saya peminat setia @official_inteam. Nak tengok versi tua saya slide pic ni,” tulisnya.

“Datuk berserban masa muda dan nampak auranya,” komen seorang wargamaya. “Semakin berumur semakin hensem datuk ni,” puji seorang wargamaya. “Samalah kita pun peminat Inteam juga. 15 tahun? Eh sebaya,” ujar seorang wargamaya. “Hamboi 15 tahun baru tapi tingginya,” kata seorang wargamaya. “Datuk yang berdiri di belakang Suhaimi Saad,” tulis seorang wargamaya. “Serban merah muda berdiri baju jubah coklat tu.. muka bujur sireh urat nelintang tu lah Datuk,” usik seorang yang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 3,000 tanda suka daripada pengikutnya. Sumber, Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://erakini.bbn.my/

Previous article“Paling Risau Kalau Saya Pergi Dulu“ – Masya Allah, Niat Aeril Zafrel & Isteri Nak Bina Masjid Akhirnya….
Next article“Janganlah penyanyi nombor satu negara, seganlah,” – Digelar Penyanyi No. 1, Siti Nurhaliza malu-malu
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here