Sudah sedia maklum bahawa setiap kali ingin isi minyak di stesen minyak, sudah tentu kita sentiasa diingatkan supaya mengikut peraturan yang sepatutnya kita buat ketika isi minyak.
Sebagai contoh, kita diingatkan supaya menutup enjin kereta, tidak bermain telefon dan sebagainya. Itu semua untuk memastikan keselamatan diri kita dan orang awam yang lain.
Baca juga : “Alhamdulilah Jumpa Org Yg Baik”-Luahan Seorg Rider Setelah Terlanggar Sebuah Vellfire
Baca juga : “Bukan Sng Nk Cari Org Kaya Baik Hati Cmni..”-Cerita Sbnr Budak Grab Langgar Alphard
Tetapi, ada di muat naik video oleh pengguna Tiktok yang bernama @hafizahabuhassan yang menunjukkan video sebuah kereta di stesen minyak yang tiba-tiba bergerak sendiri lalu melanggar kereta yang lain.
Lihat video di bawah :
@hafizahaabuhassan ♬ DJ COMANDO MAPOPO MBONA WAMESHA SYALALA VIRAL TIKTOK – DJ REVO REMIX
Berkemungkinan bahawa pemilik kereta tersebut terlupa untuk mematikan enjin kereta nya, lalu merempuh kereta yang lain. Orang awam yang ada di situ semuanya terkejut akan insiden yang berlaku secara tiba-tiba itu.
Sebab itulah, kita sentiasa diingatkan supaya berhati-hati, khususnya jika melibatkan orang lain juga. Kasihan kepada mereka yang menjadi mangsa disebabkan kecuaian yang kita lakukan. Tak pasal-pasal orang lain juga kena, padahal bukan salah mereka.
Lepasni, pastikan kita semua berhati-hati ketika mengisi minyak di stesen minya. Jangan lupa untuk mematikan enjin minyak kereta ya.
Sumber : Tiktok
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.