Pelakon dan isteri kepada pelawak Johan, Ozlynn Wati berjaya menamatkan tempoh berp4ntang selama 100 hari selepas melahirkan anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu.
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 40, dia meluahkan rasa syukur kesihatan dalamannya sudah kembali pulih dan boleh kembali bekerja mencari rezeki.
“Pantang 100 hari selesai alhamdulillah, rasa happy gila. Ramai cakap aku dah start kerja, yes memang aku dah start kerja. Sama macam ibu-ibu lain yang mana ada tanggungjawab terpaksa keluar mencari rezeki untuk bantu suami bantu keluarga.
“Sama je macam aku, jangan lupa pakai stoking, aku selalu keluar pakai sweater. Pakai baju tebal-tebal, sweater tebal-tebal, pakai stoking. Itu paling penting okay.
“Tapi untuk suami tercinta, tahan sikit ya papa,” ujarnya di dalam sebuah video yang dimuat naik.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ozlynn turut menjalani terapi sauna sebagai salah satu raw4tan di dalam tempoh berpant4ngnya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa kagum mereka melihat pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri itu mampu menjalani hari berp4ntang yang agak lama berbanding tempoh kebiasaan selama 44 hari.
View this post on Instagram
“Masalahnya tak kembang pun muka tu, cantik je! Badan pun maintain,” puji Faradhiya.
“Tahniah bertahan pantang 100 hari. Saya yang 44 hari pun tak tahan, macam macam nak makan. Tahniah awak,” komen seorang wargamaya.
“Bestnya mampu berpantang sampai 100 hari. Kak Ozlynn pun semakin cantik berseri dah,” kata seorang wargamaya.
“Saya admire sis! 100 hari tu banyak dugaan dan cubaan,” ujar seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, dapat juga suami yang memahami. Demi kesihatan masa depan, suka tengok,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Cherdiq dilahirkan pada 3 September lalu dan ia mengejutkan ramai peminat memandangkan Ozlynn tidak pernah berkongsi tentang kehamilan anak keenam ini.
Selain Cherdiq, Johan dan Ozlynn dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Sumber: Gempak