Home Uncategorized “Tengok diorang mcm happy je” Fizi Ali dan Shakilla Khoriri umum telah...

“Tengok diorang mcm happy je” Fizi Ali dan Shakilla Khoriri umum telah bercer4i

273
0

TIADA angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM Fizi Ali pada Rabu memaklumkan dia dan isterinya pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah.

Fizi berkongsi berita duka itu di Instagram berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

“Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua… Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” ujarnya.

Janji sepakat jaga anak

Dalam pada itu Fizi berkata, dia dan Shakilla akan membesarkan anak mereka Ameena bersama-sama dan memberi kasih sayang sepenuhnya.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.

“Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini,” ujarnya.

shakillakhoriri 246310277 602211740814296 3009911334450382756 n

“Terima kasih atas doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha. Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih,” ujarnya.

Nama Fizi Ali mungkin tidak sepopular Faizal Ismail, AG Selamat atau Haniff namun bakat penyampai radio Suria.FM ini tidak boleh dipandang enteng. Selain mempunyai personaliti menarik, anak jati Kota Tinggi, Johor ini juga petah berkata-kata dan mudah mesra dengan para pendengar.

Di Suria.FM, figura kacak ini mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman yang berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 5.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan Fizi Ali.

shakillakhoriri 243188981 164641855831192 7562443545172233754 n

Biodata Fizi Ali

Nama Penuh: Muhd Hafizudin Alimudin

Nama Komersil: Fizi Ali

Tarikh Lahir: 1989

Umur: 28 Tahun (2017)

Asal: Kota Tinggi, Johor

Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara dan Pelakon

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Kurma Ajwa dan Tuty Polkadot

TV Host: iPopular, Selfie Stailo dan Dr. Siber

Facebook: facebook.com/fizi.ali.56

Twitter: twitter.com/fizi_ali

Instagram: instagram.com/fizialisuria

E-mail: [email protected]

Trivia Menarik Fizi Ali

Menggambarkan dirinya sebagai seorang yang jujur, baik hati, kuat makan, tidak suka buat benda yang sama dan suka gayakan pelbagai style rambut.

Futsal, badminton, memancing dan melancong merupakan hobi Fizi jika ada masa terluang.

Mempunyai sedikit masalah rabun jauh.

Sebelum Suria.FM, Fizi pernah menjadi deejay radio di Ultra.FM selama dua tahun.

Sangat mengagumi pelakon dan pengarah popular tanah air, Datuk Rosyam Nor.

fiziali 266734019 216929450595508 7624286462306396609 n

Merupakan peserta program mencari bakat lakonan, Pilih Kasih musim kedua namun tersingkir pada minggu pertama.

Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon cun, Shakilla Khoriri sejak 2014.

Media tempatan turut melaporkan bahawa pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini selepas Aidilfitri nanti.

fiziali 261249806 600834894506207 2126771375285683819 n

Menjalankan bisnes makanan takoyaki iaitu Apedon Corner di Enjoy’s Corner, Taman Melawati, Selangor.

Mempunyai lebih 12,000 pengikut di Instagram miliknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :

Previous articleUpiak Isil Mengɑku Mɑlas Mandi, Tak Rasa Rimɑs… Pernah Cecah 10 Hari Tak Jirus Badɑn
Next articleOzlynn Wati Selesai 100 Hari Berpantang, Sudah Kembali Bekerja – “Untuk Suami Tercinta, Tahan Sikit Ya”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here