IBU kepada penyanyi Shila Amzah Iaitu Fauziah Sarman terus bersuara tentang kemelut rumah tangga dengan bekas suami iaitu Datuk ND Lala yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Menerusi satu coretan panjang di Instagram miliknya pada pagi Selasa, Fauziah berkongsi rentetan kisah perkahwinan kedua ND Lala yang didakwa sudah berlangsung empat tahun lalu.
Menurut Fauziah, 55, dia mula menghidu perkahwinan bekas suaminya itu dengan kawan baik anak mereka sendiri pada 2019 namun cuba menyangkal khabar angin yang sampai ke telinganya ketika itu.
“Pada 2019, anak sulung (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepadanya yang abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya…” – Mamazie
“Abah Anak2 saya menghilangkan diri selama hampir setahun sejak 28 Januari 2022 – Call mesej tak jawab tapi tiba-tiba muncul Di Semifinal n Final bila puteri sulung kami bertanding dalam Gegar Vaganza tahun berkenaan. Saya sangkakan keadaan akan jadi normal tetapi berkat doa, kebenaran yang selama ini cuba dia sembunyikan akhirnya terkeluar satu demi satu. Yang paling mengejutkan bukan setahun dua..rupanya bertahun2 penipuan..” – Katanya
“Janganlah memberi ruang terlalu luas sehingga mata kita menjadi kabur melihat drama yang akan diciptakan manusia seperti ini…” – Katanya lagi
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]