Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nara_yasminnn, dan telah ditular baru-baru ini.
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 1 Disember tahun 1985, berasal dari London, England. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sebagai pelakon iklan dan beliau dikenali dengan peranan lakonan di televisyen serta filem.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana Puteri Sarah Liyana membuat siaran langsung di aplikasi Tiktok nya, dan membalas beberapa komen-komen daripada netizen. Pada mulanya beliau membalas komen daripada netizen seperti biasa, namun ada salah seorang netizen yang memberi komen di ruangan siaran langsungnya dan menggelarkan beliau sebagai ‘isteri derhaka’. Sekali respon Puteri Sarah pula mendapat perhatian ramai.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, meminta beliau untuk tidak menarik semula saman yang dibuat olehnya kepada pihak ketiga tersebut. Ada juga yang memberi pujian apabila melihat reaksinya yang secara spontan dan selamba tanpa menunjukkan emosinya. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 244.4K penonton, 7093 sukaan dan 172 komen.
Baca lagi: Baru Je Syamsul Yusof Tuduh Curang Dengan Suami Orang, Sekali Ini Respon Puteri Sarah
Baca lagi: Farid Kamil Sindir Syamsul Yusof Sebab Pukul Puteri Sarah? Dedah Isterinya Juga Pernah Menjadi Mangsa
Lihat klip durasi pendek respon Puteri Sarah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Aini: kazar kata perkara kecil ok Sarah jangan stop teruskan
@suci balqis: suka cara Sarah…truskan perjuangan u ya .Sy doakan berjaya.. amin2
@Oni_Kamariah: mak cik doa Sarah kuat semangat dlm perjuangan. muga Allah kabulkan hajat sarah.
@Zubaidah Idah858: saya tahu sarah kuat..sarah jgn tarik balik..sarah terus kn
@aishahhjali: teruskn perjuangan Sarah & ank2..jgn tarik kes saman tu..sis always support u..
@OpahAsiah: sarah jangan sekali kali anak anak berdua tu bertemu dgn sebelah sana..
@roslinahmohdnoor: Terus kan sarah… jangan mengalah… jgn sesekali tarik saman pada ira dn family
@K.ida: kuat semngt Sarah supaya tidak dianiaya atau diperkotakatik ..
@rosynsalim: Layan jer Sarah dgn org2 yg psycho. Baiklah Sarah ni. Kalu aku dah block, buat semak jer layan org2 mcm tu. Bole moody.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram