Home Hiburan “Nampak serasi je..” Peminat Nk ‘Jodohkan’ Dgn Aniq Suhair. Skali Respond Wani...

“Nampak serasi je..” Peminat Nk ‘Jodohkan’ Dgn Aniq Suhair. Skali Respond Wani Kayrie Tarik Perhatian!

247
0

SUDAH menjadi kelaziman peminat untuk ‘menjodohkan’ artis kesayangan mereka, lebih-lebih lagi jika pasangan itu merupakan gandingan dalam sesuatu drama atau lagu.

Terbaharu, pelakon Aniq Suhair dan Wani Kayrie juga menerima nasib sama apabila ada segelintir peminat berharap mereka menjalinkan hubungan istimewa bukan sekadar dalam drama.

Meskipun drama Tahyul yang bersiaran di TV3 itu sudah berakhir pada bulan lalu, Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah, 21, mengakui masih ada peminat berharap mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih.

“Tak ada la… mana ada bercinta! Mungkin berlakon drama sama-sama jadi sebab tu orang nak kenen-kenenkan kami, lagi pula penonton drama itu ramai yang muda remaja, mereka rasa kami sesuai bercinta.

“Tengok kami serasi terus mereka nak jodohkan dan ada yang berharap kami benar-benar bercinta. Rasanya ini bukan kali pertama, sebelum ini saya banyak bekerja dengan Afieq Shazwan pun turut menerima reaksi yang sama daripada peminat.

“Sejujurnya bila timbul go.sip-go.sip na.kal macam ini rasa tak selesa juga sebab niat kita kongsi foto dan video di laman sosial adalah untuk mempromosikan kerja atau drama tapi orang fikir lain pula!” katanya kepada mStar.

wani 2

Peminat suka Wani dan Aniq bergandingan bersama dalam drama.

Ditanya mengenai status dirinya, penyanyi lagu Magika ini berkata dia masih belum mempunyai kekasih kerana mahu memberikan fokus pada kerjaya seni yang sedang meningkat naik.

Akui ri.mas sering diajukan soalan mengenai hubungannya dengan Afieq Shazwan, Wani berkata mereka berdua hanya sekadar kawan rapat sejak beberapa tahun lalu.

Kadang-kadang ri.mas juga bila setiap kali live di Instagram untuk promosi lagu dan drama orang tetap tanya mana Afieq?

WANI KAYRIE

PENYANYI/ PELAKON

“Saya dah lama single, sejak habis sekolah memang tak jumpa lagi pasangan.

“Kadang-kadang ri.mas juga apabila setiap kali live di Instagram untuk promosi lagu dan drama orang tetap tanya mana Afieq? Sebabkan kami masing-masing si.buk, macam mana nak jumpa.

“Kami masih berkawan macam dulu… ada la sesekali bertanya khabar menerusi laman sosial dan WhatsApp,” ujarnya.

wani 3

10 hari menjalani kuarantin selepas disah.kan po.si.if C.o.v.i.d-19, Wani mahu sambung kerja tertangguh.

Dalam perkembangan lain, Wani memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik selepas tamat tempoh kuarantin selama 10 hari akibat jang.ki.tan C.o.v.i.d-19.

Lega semuanya sudah berakhir, Wani berkata dia akan menyambung semula beberapa kerja yang tertangguh.

Antaranya penggambaran drama Adakah Engkau Menungguku yang tergendala dan mempromosikan single baharu berjudul Jangan Terlepas Pandang.

“Alhamdulillah, saya semakin baik cuma suara sahaja masih sengau, kuarantin pun dah selesai. Selepas ini saya dah boleh sambung kerja yang tertangguh.

“Sebenarnya saya serba salah dengan pihak produksi apabila penggambaran drama terpaksa dihentikan apabila saya disah.kan po.sitif C.o.v.i.d-19, semua team pun kena kuarantin.

“InsyaAllah 19 Disember ini kami akan mulakan semula penggambaran. Selain itu, saya juga sibuk mempromosikan lagu baharu. Alhamdulillah lagu itu menerima maklum balas po.si.tif pendengar dan rata-ratanya suka dengan lagu pop begitu yang cukup dekat dengan jiwa saya,” katanya.

Sumber: mStar

Previous articleSyamel & Ernie Zakri Fokus Persiapan Sambut Kel4hiran B4yi Sulung
Next article[VIDEO] Neelofa Yg Mengandung. Sekali Benda Lain Yg Netizen Perasan Pada PU Riz
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here