Hiburan

Syamel & Ernie Zakri Fokus Persiapan Sambut Kel4hiran B4yi Sulung

Pasangan suami isteri Syamel dan Ernie Zakri mahu memberikan tumpuan mereka untuk menyediakan persiapan menyambut kelahiran bayi sulung di kala usia kandungan penyanyi itu memasuki tujuh bulan.

Menurut Syamel, mereka berdua tidak mahu terlalu boros berbelanja dan hanya mencari keperluan asas biarpun kini dalam proses mencari barang kelengkapan bayi.

Kalau kita tengok dulu ibu bapa kita bila saudara mara ada anak baru, baby berusia sebulan dua tu sekejap je pakai baju.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

Disebabkan itu, Syamel dan Ernie hanya mahu membeli barang yang asas dahulu iaitu barang yang diperlukan untuk Ernie selepas bersalin dan juga barangan bayi.

Syamel turut memaklumkan yang dia dan Ernie sudah selesai memilih lokasi untuk proses kelahiran anak sulung mereka iaitu hospital sekitar Kuala Lumpur sahaja kerana mereka juga menetap di situ.

Tambah Syamel, dia dan Ernie sangat bersyukur kerana segala urusan berjalan lancar dan semua perkara sudah selesai ditetapkan, hanya perlu ikut flow sahaja.

Sekadar info, Syamel dan Ernie sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published.