Home Hiburan “Nampak Macam Lawak Tapi Jep Sedaya Upaya Jaga Batas..” – Jep Dipuji...

“Nampak Macam Lawak Tapi Jep Sedaya Upaya Jaga Batas..” – Jep Dipuji Takut Bini

137
0

Menerusi halaman tiktok, seorang peminat membuat kongsian video ‘compilation’ babak-babak Jep dalam Sepahtu Reunion di mana dia menolak untuk tidak disentuh oleh artis wanita. Video tersebut mendapat sebanyak 2 juta tontonan dan mendapat 200 ribu sukaan. Menrusi klip tersebut, dia sering menolak dan berkata bahaya untuk berbuat sedemikian. Hal ini kerana dia ingin menjaga hati bidadarinya di rumah, Sari Yanti.

Tindakan Jep membuatkan netizen memuji akan sikapnya. Hal ini kerana, banyak lelaki pada masa ini yang tidak hormat akan isteri masing-masing dan tidak berfikir panjang untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya. Walaupun aksi berpegangan tangan dan sebagainya hanyalah lakonan semata-mata, namun ia masih mampu mengguris hati orang yang tersayang dan Jep memilih untuk tidak melakukannya.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen:
@anak pokyi:Jaga Hati Isteri = Jaga Batas Seorang Muslim . Salute

@Raja Muhd Al-Mahi 👳🏻‍ ✌🏻:Nampak kat sini jep dh buat satu lesson besar untuk semua org,boleh ja berlakon & melawak tnpa perlu memegang tangan ajnabi tahniah jep

@riezaliena_rzl:bkn takut bini tp jaga adab sbg suami org,hati isteri wajib dia jaga … jep 1 in a million

@Syera Razak:rasanya Elizabeth tan je yg say sorry sebab terpegang

@MSyauqi_:Jep bukan tkutkn isteri… Tpi lbih mnjga bats dia sbgai seorng lelaki dgn perempuan

@Abu Iman:jep bukan setakat takut bini..tapi dia ada jati diri yg kuat..respect!

@Alyaa:Comelnya first time tengok lelaki yg takut dipegang

@daraklasik2:untungnya sariyanti..apepon moga bekekalan hingga ke syurga …

@𝓢𝔂𝓪𝔁𝔁𝔁シ︎:dia tepis tangan nasha aziz macam tu je hahahaha

@saifulchiek:nmpak macam lawak tapi dia sedaya upaya jaga batas…

@ZUL AROFF :sebenarnya depa ni semua dah Taw .tapi dok usik dia

@Cik Puan Intan :yg latest , scene die culik sally tu.. die suruh jalan sendiri je.. xpegang pun

@MrMejah:Aku respect gila kt jeb, dia jaga batas & hati isteri dia.. Walaupon berlakon..

@85_November:Jepp trbaik jage hati bini…good luck smoga bahagia hingga jannah…yanti mmang layak utk jep

@daughter of Nagayaih :respect dng dia … bukan takut bina tapi dia jaga hati bini dia..bagus kan…

Min memang respek betul dengan Jep. Dia memang betul-betul hormat dan sayang isterinya. Tak semua lelaki mampu tepis tangan perempuan macam Jepp buat. Min doakan semoga Jep dipermudahkan segala urusan dan ikatan perkahwinan terus utuh hingga ke jannah. Komen yang baik-baik yaa..

Sumber TIktok dan Instagram

Previous article“Memang Berani Mati Ratu ‘Sound’ Diva AA..” – Azwan Ali Terdiam Kena ‘Sound’ Dengan Ratu
Next article“Ikmal Amry Punca Kemalangan Melibatkan 2 Buah Kenderaan..” – Ini Penjelasan Ikmal Amry

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here