Bnjir besar yang melnda beberapa buah negeri baru-baru ini makin surut dan kerja-kerja pembersihan mula dijalankan. Selain orang ramai berganding bahu membantu, golongan selebriti turut ringan tulang turun ke kawasan memerlukan bantuan.
Tak dapat bagi duit, bagi tenaga
View this post on Instagram
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali antara selebriti yang turun padang membersihkan rumah mngsa terjejas di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
Terkesn melihat keadaan tempat yang dilnda bnjir, Nabila, 29, memohon agar lebih ramai sukarelawan datang berkongsi tenaga selain menghulurkan bantuan dari segi kewangan.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG), dilihat pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali sedang membersihkan limpahan lmpur dengan kemeja putihnya.
Awat pakai baju putih?
Bagaimanapun, penampilan pelantun lagu Peluang Kedua itu telah menjadi topik bualan dalam kalangan pengguna media sosial.
Rata-rata warganet mempersoalkan pemilihan baju yang dibuat pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang dianggap tidak sesuai dengan persekitaran yang k0tor.
Namun, ada segelintir yang berpendapat untuk tidak memanjangkan isu remeh ini dan memberi fokus kepada golongan yang terkesan.
Dalam pada itu, beberapa selebriti tanah air lain juga memerah keringat membantu golongan terjejas seperti Wany Hasrita, Ara Johari, Nora Danish, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Harith Iskander dan Ajak.
Sumber: Instagram @nabila.razali via OHBULAN