Home Hiburan Nabila Razali Cuci Rumah M4ngsa Bnjir, Netizen Fokus Dengan Penampilan – ‘Pakai...

Nabila Razali Cuci Rumah M4ngsa Bnjir, Netizen Fokus Dengan Penampilan – ‘Pakai Baju Putih Habis La Kena Lumpur’

307
0

Bnjir besar yang melnda beberapa buah negeri baru-baru ini makin surut dan kerja-kerja pembersihan mula dijalankan. Selain orang ramai berganding bahu membantu, golongan selebriti turut ringan tulang turun ke kawasan memerlukan bantuan.

Tak dapat bagi duit, bagi tenaga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@nabila.razali)

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali antara selebriti yang turun padang membersihkan rumah mngsa terjejas di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Terkesn melihat keadaan tempat yang dilnda bnjir, Nabila, 29, memohon agar lebih ramai sukarelawan datang berkongsi tenaga selain menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG), dilihat pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali sedang membersihkan limpahan lmpur dengan kemeja putihnya.

Awat pakai baju putih?

IMG 2091

IMG 2092

Bagaimanapun, penampilan pelantun lagu Peluang Kedua itu telah menjadi topik bualan dalam kalangan pengguna media sosial.

Rata-rata warganet mempersoalkan pemilihan baju yang dibuat pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang dianggap tidak sesuai dengan persekitaran yang k0tor.

Namun, ada segelintir yang berpendapat untuk tidak memanjangkan isu remeh ini dan memberi fokus kepada golongan yang terkesan.

Dalam pada itu, beberapa selebriti tanah air lain juga memerah keringat membantu golongan terjejas seperti Wany Hasrita, Ara Johari, Nora Danish, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Harith Iskander dan Ajak.

Sumber: Instagram @nabila.razali via OHBULAN

Previous articleTahniah! Penantian 40 tahun ‘Mak Leha’ Berakhir
Next article“Cutenyaaaa weh”- Video Haqiem Rusli & isteri terima pujian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here