Gelagat anak kepada dramatis popular, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang suka ‘melaram’ dengan pakaian cantik dan menata rias wajahnya sering mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi halaman tiktok, Rozita Che Wan berkongsi klip video gelagat anaknya yang sedang makeup wajahnya walaupun sudah lewat malam.
Sementara itu, Aaisyah yang sedang menyikat rambutnya dalam video berkenaan berkata, dia sentiasa mahu kelihatan cantik biarpun dalam keadaan tidur.
“Mommy, saya nak tidur pun kena cantik tau..”
Che Ta yang sudah lali dengan kerenah anaknya berkata di ruangan kaption,
“Nak tidur pun kena cantik dia kata, takut reput je muka tu tunggu besar Aisyah oi..”
View this post on Instagram
Menyingkap ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat dua beranak itu dan menganggap Aaisyah mengikut perangai ibunya yang sentiasa mahu cantik dan bergaya setiap masa.
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@Mimie: Sy kecik kecik dulu pn mcm aisyah suka makeup . Tidur pn makeup. Tp lepas akil baligh muka breakout teruk .
@AidaKirara: Aisyah dah cantik tapi Aisyah basic skincare routine paling penting kena remove makeup sblm tidur
@W A N I: Wey mak dia sebijik
@ع: takyah mekap pun lawa dahhh
@GeeAhmad: Aisyah tak make up pun mmg dah cantik. Natural beauty
@Husna Bi Zuli: xpakai mekup pun cantik ecah ni
@kakYana: mata tu mata kalau mak saya lama kena jegil
@Ain Damia Adhamkirana: sama dgn ank saya ..dah beso pandai lak dia cuci muka nak tido