Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor dan Azhan Rani merupakan pelakon yang amat popular di Malaysia. Mereka mulai bergiat aktif dalam dunia seni sejak era 90an lagi. Banyak filem dan drama yang menjadi hit sepanjang karier mereka. Antaranya ialah Kl Gangster, Nur dan banyak lagi.
Semalam tular video di tiktok hasil kongsian @havefun di mana dua pelakon ini memasuki rancangan televisyen ‘Macam-Macam Show’. Video tersebut mendapat sebanyak 800 ribu tontonan dan 60 ribu sukaan. Dalam ‘show’ itu, mereka berlakon sebagai seorang pembaca berita. Namun, bukan itu yang mereka buat. Mereka berdua ni memang betul-betul masuk air. Sampai terguling min gelak, lawak yang santai je tetapi mampu mencuit hati peminat.
Rosyam Nor yang terkenal dengan watak Tailong daripada filem Kl Gangster itu nampak sahaja garang tetapi kelakar orangnya. Sehinggakan salah seorang peminat mengatakan “tengok muka je aku dah ketawa belum diorang bukak mulut lagi”
Boleh lihat video penuh di bawah:
View this post on Instagram
Jom tengok apa kata netizen:
@EKOR9:tengok muka je aku dah ketawa belum diorang bukak mulut lagi
@azman:dari gangster ke pembaca berita
@Azzra Arlya:klu gini ler gaya pembaca berita mmg aku tggu tiap mlm
@ACR Malaysia STORE:suara azhan mmg sesuai jd penyampai berita
Sumber: tiktok dan instagram