Home Isu Semasa Merenung Baca Komen Tegur Fesyen Aneh, sekali Aina Abdul Luah Isi Hati

Merenung Baca Komen Tegur Fesyen Aneh, sekali Aina Abdul Luah Isi Hati

249
0

Penyanyi terkenal, Aina Abdul sememangnya kerap menjadi perhatian dengan busana-busana ‘berani’ yang ditampilkan dalam setiap acara dihadirinya. Terbaru, dia telah menerima kecaman teruk disebabkan penampilan busana seperti ‘almari besar’ sewaktu menghadiri Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) kerana terlihat keterlaluan.

Meluah isi hati

IMG 4514

Beberapa pihak juga kurang senang dengan tindakan Aina dan mengatakan bahawa fesyen menutup aurat namun menjadi pusat perhatian adalah dilarang dalam agama.

Susulan daripada itu, pemenang ABPBH35 kategori Penyanyi Wanita Paling Popular telah meluahkan apa yang dirasa dengan mengatakan membaca semua kritikan yang diterima sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Biasanya Aina jarang meluahkan isi hati. Tetapi harini terpanggil Aina nak tulis sesuatu. Ya, saya nampak semua. Saya baca semua. Saya baca, saya telitikan semua. Saya renungkan setiap teguran yang masuk. Tnak You kepada semua yang ambil berat, menegur untuk kebaikan, leaves good, termasuklah semua mesej dan juga komen. Aina sangat hargai. Alhamdulillah Aina vuba yang lebih baik selepas ini okay? Buat masa sekarang, enjoy pemandangan ni ya. MasyaAllah,” tulisnya.

Terdahulu, busana rekaan Behati ini telah mendapat kritikan ramai lebih-lebih lagi sewaktu Aina melalui red carpet di malam acara berprestij itu lagi.

Mana tidaknya, dengan busana yang cukup besar itu, dia telah menaiki lori untuk hadir ke red carpet serta diiringi ramai pembantu bagi memastikan busananya terletak dengan cantik.

Sudah tentu penampilan penyanyi lagu Semalam itu menerima kritikan seperti biasa kerana terlalu ekstrim dalam berfesyen. Perkara tersebut bukan kali pertama dilakukan Aina kerana saban tahun ada sahaja fesyen pelik digayakan dalam setiap acara yang dihadiri.

Lihat posting di bawah:

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Sumber: Instagram Story

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleIsteri Berpurdah Dan Tak Pandai Melawa, sekali Virgoun Dedah Sebab Cari Perempuan Lain
Next articleSudah Lembut Hati Benarkan Adam Shahz Jumpa Anak, sekali Fatin Afeefa Buat Pindaan Tuntutan Enggan Bertengkar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here