Home Hiburan “Meremang Dngr Jeritan Dia…” -Nyanyian Dato’ Awie Raih Perhatian Ramai

“Meremang Dngr Jeritan Dia…” -Nyanyian Dato’ Awie Raih Perhatian Ramai

318
0

Dato’ Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Wings. Beliau dilahirkan pada 24 November tahun 1968, berasal dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Memulakan kerjaya muzik sebagai selebriti pada tahun 1987 bersama kumpulan Wings dengan muncul album pertama berjudul Belenggu Irama.

Awie masih mengekalkan kerjaya sebagai pelakon filem, antara filem terkenal beliau termasuk Baik Punya Cilo (2005), Sumolah (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Selain itu, beliau juga ialah seorang pengacara rancangan realiti seperti Tunggu Sekejap, juri Maharaja Lawak Mega 2012 dan banyak lagi. Dalam klip durasi pendek ini menunjukkan nyanyian Dato’ Awie menyanyikan lagu berjudul Harapan, oleh penyanyi aslinya iaitu beliau sendiri. Nyanyian beliau yang menggunakan suara tinggi telah mendapat perhatian ramai. Dato’ Awie digelar penyanyi rock legenda yang popular pada era 80an.

Lihat klip durasi pendek nyanyian Dato’ Awie:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@AyubWagon86:Kalo Dato’ Awie bwk lagu Mabuk tujuh lautan x tau la feel dia macam mana lagu x pebret aku

@Muhammad Azfar:aduhh..meremang dengar jeritan idola ni

@pett:masih bertenaga lagi suara dia. power Dato’ Awie

@Opie Ainie:mmg lagu ni nada tinggi…siti nurhaliza pn prnah bwak lgu ni nga awie..

@syafisufiamin:niy lah yang nama kan laguu…..penyanyi skg ermm tiaraaaaaaaaaaaaa

@Ard d’putra:suare 1 dlm sejuta mmg xde srg blh tarik cm awie.album teori # rindu petikan joe

@pojiji:suara yg Aku minati lagi2 kalau dato awie bawa Lagu mentari merah diufuk Timur mmg powerful

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan Dato’ Awie sememangnya berbakat dan masih bertenaga seperti dahulu. Beliau digelarkan penyanyi rock legenda yang tiada tandingan. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 61.8K penonton, 2679 sukaan dan 203 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Previous article“Nk Brhenti Jdi Perempuan, Hari-Hari Kna Buli…” -Rmai Sebak Dgn Reaksi Dekta Menangis, Tak Tahan Dibuli
Next article“Macam Penyanyi Asal…” -Nyanyian Maskot Arnab Dpt Pujian Ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here