Home Isu Semasa Men!nggal Dunia Slepas 18 Hari Peluk Islam, Isteri Imbas Det!k2 Arwh Mendapat...

Men!nggal Dunia Slepas 18 Hari Peluk Islam, Isteri Imbas Det!k2 Arwh Mendapat Hidayah

184
0

Pesanan terakhir arwah suaminya meminta dia mendalami ajaran Islam dan memastikan dua anak lelaki mereka menjadi hufaz al-Quran.

Tidak sampai sebulan selepas memeluk Islam, Muhammad Saufi Abdullah, 41, menin.ggal dunia ak.ibat seran.gan jantung ketika berehat di rumahnya di Taman Tiong, dekat sini, Jun lalu..

Isterinya, Nurul Aisyah Abdullah, 40 berkata, dia bersama a.rwah dan dua anak mereka mengambil keputusan mengucap dua kalimah syahadah pada 22 Mei lalu.

Katanya, pesanan terakhir ar.wah suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori meminta dia mendalami ajaran Islam dan memastikan dua anak lelaki mereka menjadi hufaz al-Quran dipegang utuh wanita itu.

“Ar.wah yang menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam terlebih dahulu dan mengajak saya serta dua anak kami iaitu Muhammad Aidil, 13, dan Muhammad Fitri, 11 bersama.

“Kehidupan kami boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja masalah terutama berkaitan kewangan.

“Kami juga kerap ber.teng.kar walaupun mengenai hal re.meh dan kemun.caknya apabila lori dipandu suami terbalik dalam kema.lan.gan. Namun bertitik tolak keja.dian itu, suami memperoleh hidayah dan mengajak kami bersama,” katanya yang mengakui berasa seperti ‘hilang arah’ selepas kematian Muhammad Saufi.

Menurutnya, bertitik tolak dari keja.dian itu, suami memaklumkan dia mendapat hidayah dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.

“Pada mulanya saya menentang keras namun entah bagaimana tiba-tiba hati saya tergerak untuk mengikut suami dan kami sekeluarga akhirnya mengambil keputusan memeluk Islam .

“Sejak daripada itu, kami mula belajar mendalami agama Islam dan kehidupan saya dan suami mula bertambah baik, namun apakan daya Allah lebih menyayanginya apabila dia meninggal dunia selepas 18 hari mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Nurul Aisyah berkata, dia berterima kasih kepada Jawatankuasa Surau Taman Tiong yang banyak membantu keluarganya dalam soal mendalami Islam dan juga memberi pelbagai sumbangan.

Namun apa yang lebih memeranjatkan adalah apabila ibu ar.wah suaminya kini dikenali sebagai Siti Hajar, 68, kini turut memeluk agama Islam.

mua28hm 1632837876 1

NORHASNALIZA Senusi (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Siti Hajar dan menantunya, Nurul Aisyah. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

“Ar.wah rapat dengan ibunya dan pemergiannya membuatkan wanita itu mengalami kemu.rungan. Saya yang tidak sang.gup melihat keadaannya itu mengajaknya tinggal bersama.

“Mungkin selepas melihat kehidupan kami anak beranak, ibu membuat keputusan me.meluk Islam. Saya tidak pernah memaksanya namun dia sendiri mengaku tertarik dan ingin belajar dengan lebih mendalam mengenai Islam.

“Alhamdulillah, saya saya bersyukur Allah membuka pintu hati ibu mentua untuk memeluk Islam selain menganggap saya sebagai anak kandungnya sendiri,” katanya yang menerima sumbangan daripada pasukan Badan Penggerak Ikatan Ummah Sejati.

Nurul Aisyah berkata dia kini menyara kehidupan dengan bekerja di kedai runcit dengan gaji RM700 sebulan manakala ibunya mengambil upah mengisi dawai kokot ke dalam kotak dengan pendapatan RM150.

Sementara itu, wakil Badan Penggerak Ikatan Ummah Sejati, Norhasnaliza Senusi berkata pihaknya sedia menghulurkan sumbangan berbentuk tunai, makanan dan juga nashkah tafsir al-Quran buat keluarga ini yang diuji dengan pelbagai masalah.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: HM

Previous article[VIDEO] “Ya allah, Baiknya abg..” Telatah Uwais Tolong Jga Ayash Cuit Hati Netizen- ‘Merdu suara baby’
Next articleTular Aksi Wanita Berpurdah Viral?, Ini Reaksi Datuk Normashayu Puteh Bila..
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here