Pelakon Zoey Rahman mengakui bahawa dia lebih berkeyakinan selepas melakukan transformasi pada wajahnya yang membuatnya kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenarnya.
Walaupun menerima kritikan dari beberapa netizen, Zoey, atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 38, menyatakan bahawa dia enggan mengambil peduli, kerana perubahan tersebut dilakukan untuk memenuhi kepuasan dirinya sendiri.
“Kita kena sentiasa positif dan sentiasa hidup sihat serta jauh daripada orang toksik, orang tak suka abaikan saja, itu dalaman tapi luaran kena la jaga cuci muka sentiasa okay…” – Katanya
“Muka kena jaga malah saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu…” – Katanya lagi
“Saya tak peduli dengan apa yang orang nak cakap pasal saya, lagipun saya buat bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri, yang penting keluarga terima saya seadanya serta rakan-rakan pun okay dan terpulang kalau tak suka pun tak apa…” – Jelasnya
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Youtube, Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.