Home Hiburan “Mati-Mati Ingat Perempuan Yang Jerit..”- Terus Diam Lps Nampak Kamera

“Mati-Mati Ingat Perempuan Yang Jerit..”- Terus Diam Lps Nampak Kamera

135
0

Sebuah video di tiktok milik @solehinsyazwann telah tular di tiktok berikutan dengan gelagat seorang lelaki yang telah menghiburkan hati para warganet. Video tersebut telah mencapai hampir 1 juta tontonan di tiktok dan mendapat hampir 70 ribu suka dari para netizen. Ratusan komen juga membanjiri video tersebut.

Menerusi video klip tersebut dapat dilihat rakaman oleh pemilik akaun yang merakam gelagat seorang lelaki semasa menuruni sebuah gelongsor di sebuah Taman Tema Air. Jika kita hanya mendengar suara pasti kita akan menyangka suara tersebut adalah milik perempuan. Namun sebaliknya berlaku apabila ternyata suara yang menjerit tersebut adalah milik seorang lelaki. Lelaki tersebut terus terdiam apabila menyedari dirinya dirakam. Malah ada juga komen yang berbunyi “Dia jerit org ingat perempuan. Kalau aku yg jerit org ingat abg abg yg muncul”. Komen tersebut telah mendapat ribuan suka daripada netizen.

lelaki

Lihat video klip di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Gelagat lelaki di dalam kamera telah mencuit hati netizen dan netizen juga meninggalkan komen bahawa mereka sangat terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan lelaki tersebut.

Lihat juga komen warganet :

@azh : kadang bukan takut pun, saje je jerit memeriahkan suasana. dan menghilangkan stress

@Zamani : hahahah sampai bawah terus senyap

@Fyqar : Ramai gila yg tunggu kt bawah

@Ant Manis : dahlah sambil gelak mengilai….hahahaha

@Danielshah : THE WAY HE CLOSED HIS MOUTH AFTER REALIZING HES BEING RECORDED

Rata-rata komen memberitahu bahawa mereka sangat terhibur dengan gelagat lelaki tersebut. Tambahan pula, di bawah ramai juga orang menunggu dan turut sama memerhati adegan tersebut. Gelagat lelaki yang terus terdiam juga turut menghiburkan para netizen.

Baca juga : Durian Dibeli Dengan Harga RM117, Lelaki Ini Terdiam Apabila Melihat Isi Dalam Nya

Baca juga : Beg Berisi RM100K Dijumpai, Namun Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Terkedu

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleSeluar Jeans Levi Berusia 140 Tahun Dijual Dgn Harga RM410,000
Next article“Nasib Tong Gas Tak Meletup”- Penunggang Motosikal Jatuh Atas Jln Raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here