Home Hiburan “Mata Pun Dah Ped1h-Ped1h, Hilang Kata-Kata,” – Berjaya On Air 18 Jam,...

“Mata Pun Dah Ped1h-Ped1h, Hilang Kata-Kata,” – Berjaya On Air 18 Jam, Jep Sepahtu Lunas ‘D3nda’ Di Sinar FM

303
0

Semalam, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu telah mencipta rekod baru di dalam kariernya selepas dia bersiaran selama 18 jam tanpa henti di stesen radio Sinar FM.

Tugasan yang diberi nama ‘Jep Tawan Sinar’ itu merupakan denda yang harus dilunaskan oleh Jep selepas dia tewas didalam satu permainan tidak lama dahulu.

D8C3756D 4F81 474A AC09 7306E79F3DBD

Tugasan Jep bermula seperti biasa seawal jam 6 pagi bersama trio popular Angah dan Rahim menerusi segmen Pagi Di Sinar.

Menerusi segmen tersebut, penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira dijemput sebagai artis jemputan.

Usai sudah Pagi Di Sinar, Jep meneruskan lagi tugasnya itu dengan menemani rakan penyampai Dina Nazir menerusi segmen Sinar Solo daripada pukul 10 pagi hingga 3 petang.

DD9F9008 CFD0 4249 A5C9 81821DC0E8AB

Di sebelah petang pula, kehadiran Jep memeriahkan lagi celoteh penyampai Hefny Sahad dan Siti Elizad melalui segmen Duo Sinar bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

Acara kemuncak bagi tugasan Jep Tawan Sinar apabila Jep turut bergandingan bersama rakan penyampai Falyq Hikyle menerusi segmen R&R Sinar dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

352C29D5 591C 46A7 9D26 544478A8F38C8CC96227 826C 4549 9554 79D2E275CEE1

Menerusi segmen itu juga, Jep diberi kebebasan untuk memutarkan lagu pilihannya selama empat jam.

Selepas berakhirnya tugasannya itu, Jep merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pendengar yang menunjukan tanda sokongan buat dirinya selama 18 jam ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)


“Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah. Izin Allah selesai on air sampai 12 malam. Denda dapat dilunaskan.

“Semoga yang menemani kami dari 6 pagi hingga 12 tengah malam dapat hiburan dan manfaat didalamnya.

“12 malam embun pun dah mula turun. Mata pun dah pedih-pedih. Hilang dah kata-kata. Semoga kita bersua di esok hari,” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan Jep sepanjang bersiaran pada Isnin.

“Mantap Abang Jep. Meriah radio Sinar satu hari ni. Alhamdulillah.

“Alhamdulillah, sedikit rabak matanya.

“Member dah ngantuk dah tu nak tidur.

“Tahniah, nampak keletihan di wajah selepas 18 jam. Good job Jep.

“Terbaiklah Jep. Sekalung tahniah. Hari ini memang Sinar FM ceria 18 jam,” antara komen-komen netizen di Instagram.

63F131E6 A537 4D5A A438 F6F03BA84FADC6C5DF0A 56A5 43C9 90DA AF60C8392A66

Terdahulu, sepanjang hari ini, Sinar membawakan pelbagai segmen-segmen menarik bersempena dengan sambutan Hari Wanita.

Sumber: Instagram Sinar FM via MH

Previous article“Lah makin cantik ni pahal..”- Penampilan, Wajah Cantik Siti & Shukri Yahaya Jadi Bualan Netizen
Next articleJar4ng Ded4hkan Wajah Anak Di Media S0sial, Ini Wajah Terkini Anak Pelakon Josiah Hogan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here