“MasyaAllah..”- Isteri Hafiz Suip Tampil Berhijab Di Bulan Ramadan, Netizen Doa Semoga Kekal Istiqamah

Penyanyi popular, Hafiz Suip berkongsikan momen indah di laman Instagram apabila isterinya, Nureffy Jesreel kini berhijab di bulan Ramadan.

Semangat nak selfie dengan bini

Pelantun lagu Kisah Cinta Kita itu meluahkan rasa gembira dan teruja dengan penampilan terbaru isterinya yang berhijab di bulan mulia ini.

Ya Allah semangat gi..la aku nak selfie dengan bini aku Ya Allah.

Semoga hidayat ke seluruh alam. Aminn Ya Rabbal’alamin.

Hantaran sekeping foto itu dimuat naik oleh akaun Instagram miliknya yang kelihatan begitu gembira dan manis. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Cantiknya pakai tudung…Alhamdulillah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Nureffy terus kekal berhijab dan istiqamah.

Sumber: Hafiz Suip, OB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*