Home Hiburan “Tak Habis2 Fltnah Saya”- Dltvduh Lari Dari Hutang Dan Bankrap. Akhirnya Mawar...

“Tak Habis2 Fltnah Saya”- Dltvduh Lari Dari Hutang Dan Bankrap. Akhirnya Mawar Dedah Perkara Sebenar

250
0

Mawar karim sekali lagi menjadi tumpuan media sosial gara- gara didakwa bakal bankrup akibat ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat.

Usahawan berusia 33 tahun itu dikatakan meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu gagal untuk melangsaikan hutangnya.

1244555

Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada sebarang jawapan dari pihak mawar karim.

Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

“Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan (Mawar).

“Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya.

“Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharaan bankrup boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar,” ujarnya kepada mStar pada Selasa.

Sementara itu, Zarith berkata anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar Oktober tahun lalu.

“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.

“Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah,” jelasnya.

Respon Mawar Karim Berkenaan berita Tersebut

Susulan dengan isu ini, Mawar Karim telah buat satu pendedahan dengan memuat naik status di instagram yang mendakwa beliau telah

difitnah oleh individu tertentu (Nama Tidak Dinyatakan).

Capture 15

“Tak Perlu Cerita Pada Sesiapa, Hnya Allah Yg Tahu”- Mawar Karim Muhasabah Diri, Prcaya Hikmah Disebalik Mslah

Menurut Mawar, 30, setiap ujian yang dilalui pasti ada hikmahnya dan hanya Allah menjadi tempat terbaik untuk dia mengadu.

“Terima kasih banyak-banyak Ustaz Ebit Lew sudi datang, banyak pengisian ilmu yang kami dapat. Hanya Allah maha mengetahui apa saja yang berlaku pada kita pasti ada hikmah untuk kita muhasabah diri.

kunjungan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ke kediaman bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim menjadi ruang untuk mereka berkongsi ilmu dan muhasabah diri.

“Betul kata ustaz apa yang berlaku kita perlu mengadu dekat Allah, cerita dekat Allah, mohon dengan Allah. Tidak perlu cerita kepada sesiapa kerana yang alaminya adalah diri kita.

11

“Kita saja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jangan lupa dekat Allah, sebab Allah sentiasa ingat kita,” tulis Mawar di laman Instagram pada Sabtu.

Pada Jumaat, pendakwah bebas itu mengadakan sesi tazkirah di kediaman keluarga Mawar dan disiarkan secara langsung di Facebook Ebit Lew.

Pada majlis yang turut dihadiri ahli keluarga usahawan tudung dan beberapa pekerjanya itu, Ebit berkongsi mengenai ujian dan cara mendidik hati daripada terus bersangka buruk.

“Saya kena teruskan kehidupan dan pasti Allah itu tidak zalim dan Dia Maha Adil. Pasti ada yang terbaik untuk saya pada masa depan.

“Saya cuba terbaik, apa pun saya nak perbetulkan diri sendiri dan utamanya nak dekatkan diri dengan Allah. Saya akui saya pun ada salah sebelum ini tetapi yang penting ialah yang nak berubah adalah saya sendiri dan minta doa pada Allah saja,” katanya.

Sumber: Mstar/ IG Mawar Karim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Previous article“MasyaAllah..”- Isteri Hafiz Suip Tampil Berhijab Di Bulan Ramadan, Netizen Doa Semoga Kekal Istiqamah
Next article“Setiap Inci Dari Tokram Saya Tak Svka”- Datin Alyah Kongsi Ded4h Punca Berkahwin Dengan Datuk Ramli MS
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here