Home Kisah rakyat Manager Dengki Dengan Pekerja Sebab Cantik, Pakai Honda. Paksa Buat OT Seminggu....

Manager Dengki Dengan Pekerja Sebab Cantik, Pakai Honda. Paksa Buat OT Seminggu. Sekali Boss Besar Turun Padang

311
0

Hai semua, aku nak cerita sikit pengalaman aku bekerja dahulu. Cerita ini dah lama aku simpan. Tapi aku rasa nak kongsi dekat korang tentang bekas manager aku.

Bekas manager aku ni perempuan Melayu. Umur dalam 30an macam itulah. Kalau korang pernah kerja mana-mana, mesti korang perasan kan kalau perempuan jadi manager ni mesti kerek sikit. Bekas manager aku jenis tak bercampur atau bersembang sangat dengan staff. Bila nak menyuruh pekeria jer dia bercakap. Takpelah, mungkin karakter dia pendiam.

Tapi yang buat aku pelik, dengan staff perempuan je macamtu. Kalau dengan staff lelak elok pulak, elok je bercakap. Kalau dengan perempuan,  dia akan gunakan kuasa veto sebab dia manager. Takde belas kasihan langsung.

Kerja-kerja yang berat dia bagi dekat perempuan, kerja ringan macam mengemop atau menyapu dia bagi dekat lelaki. Dah terbalik pulak.  Check barang atau stok semua perempuan. Kotak – kotak itu semua berat berisi buku – buku, alat tulis, tahan dia suruh perempuan angkat. Ada juga staff lelaki nak tolong tapi dia larang.

Sepatutnya kalau OT, mestilah buat jadual gilir-gilir ikut turutan. Tapi manager ni kerah kitorang OT seminggu. Sungguh tak berperikemanusiaan.

Tak lama lepastu, ada seorang budak perempuan ni masuk jadi staff baru. Dia baru lepasan diploma, Cantik orangnya. Katanya dari duduk rumah tak buat apa, baik kerja sementara tunggu peluang kerja yang berkenaan dengan course yang dia ambil kat U dulu.

Si manager ni tuniuk aiar lah dia. Tapi aku dengar ayat dia, “Jangan ingat muka itu cantik macam artis aku tak boleh suruh kau. Aku manager, aku yang bagi arahan. Staff lain pun dengar jugak tapi buat – buat tak dengar jer lah. Dah biasa…

Staff baru ni aku gelarkan dia Ana. Orangnya lembut jer. Kena marah ke, kena kutuk ke dengan si manager itu, dia steady
jer. Tapi dalam hati dia, Tuhan jerlah tahu kan macamana.

Satu hari tu, Ana ni datang dengan kereta Honda CRV. Si manager itu panas tengok sebab dia cuma bawa Proton Saga FLX jer. Dia macam ták puas hati. Dia rasa kalah sebab staff biasa boleh bawak kereta Honda CRV. Ana kata itu kereta Mak dia. Maknya pencen, jarang bawa kereta, itu yang dia bawak.

Beberapa bulan itu, Manager paksa Ana buat OT setiap hari. Tak faham aku. Takkan semua staff perempuan dia tak suka. Kesian aku tengok dekat Ana tu. Staff lelaki, nampak sangat dia punya gatal, cakap lembut, suara pun kepit.

Kitorang ada jugak terfikir nak mengadu dekat big boss. Tapi dia awal-awal lagi dah kasi warning. Katanya dia boleh buat apa jer. Dasar-psych0. Jadi kitorang memang tak berani nak report. Si Ana pernah cakap macam ni,

“Takpe, orang macam dia tak akan kekal lama. Cuma cepat dengan lambat jer. Allah kalau nak tunjuk, sekejap jer.” Aku dan yang lain mengangguk.

Ada salah satu staff mohon cuti sebab nak berkahwin. Minta cuti seminggu. Si manager kata, “Lamanya… Sini banyak kerja, kau sedap nak honeymoon bagai.

Tapi tak lama lepas itu, staff itu lulus cuti seminggu. Tapi boss yang bagi. Si manager marah – marah tanya dia apasal bagitahu kat boss. Staff itu cakap dia takde pun called boss ke apa. Tahu – tahu je boss yang called dia bagi cuti seminggu.

Kemudian si manager cakap, “Korang cakap apa – apa kat boss, tunggulah korang semua! Jangan ingat korang boleh lepas ye!” Terfikir jugak kalau staff itu tak bagitahu, siapa pulak yang bagitahu kan. Tapi abaikan sebab dah selesau, staff pun dapat cuti.

Cuma si manager jer masih tak puas hati, bising – bising. Satu hari, boss datang kedai. Adalah meeting sekejap. Boss ada bagi nasihat sikit. Katanya,” Besar mana pun pangkat kita ni, janganlah layan pekerja ke sesiapa ke berbeza – beza.

Kita sesama manusia. Mati karang masuk dalam kubur jugak. Kita ni asal dari tanah, akan kembali ke dalam tanah jugak. Satu lagi hal peribadi ke, gaduh dengan family ke apa jangan bawa – bawa ke tempat keria. Kat tempat keria kita kena profesional.

Yang penting jangan sombong dengan pangkat, darjat harta itu semua. Dah meninggal nanti, hanya amal dan iman kita jer dibawa ke kubur.

Boss bagi sikit tazkirah pada kami. Tetapi kami rasa lebih tertuju pada manager. Nampak lah muka dia dah merah padam.

Sebulan berlalu… Manager kelihatan muram, muka takde senyum. Macam ada sesuatu yang terjadi.  Kami pelik jugak dah kenapa. Tak seperti selalunya cengei memanjang. Tapi kami biarkan jerlah. Mungkin dia tak berapa sihat ke apa. Tapi dia pandang kami tak puas hati lagi – lagi dengan Ana.

Apa yang dia buat? Si Ana selamba jerlah buat kerja dia.
Petang itu, boss datang. Manager dengan Ana dipanggil. Nak kata dorang gaduh bertumbuk, sepak terajang takde. Bertengkar mulut pun jauh sekali. Ana itu pun jenis lembut, tak gaduh dengan orang. Tak lama lepas itu, manager keluar dari premis dan terus balik. Entah apa kena.

Rupa-rupanya manager berhenti kerja. Dapat lah manager baru. Perempuan jugak. Alhamdulillah, kali ni okey orangnya. Lulusan dari UIA. Korang nak tahu? Hampir setahun Ana kerja baru terbongkar. Boss kami adalah bapak dia…

Sumpah terkejut bila dapat tahu. Ana tak perlu cerita. Aku tahu kenapa manager dulu berhenti kerja. Samada dia berhenti atau dia diberhentikan. Ana dalam kerja, jadi mata – mata untuk bapaknya. Padanlah bawak kereta Honda CRV yer… Hehehehe.

Takpelah, benda berlalu: Sekarang aku dah jadi assistant supervisor. Syukur Alhamdulillah… Ana pun kerja di syarikat Pak saudara dia di bahagian accounting. Pak saudara dia pun ada share kat kedai buku boss yakni bapak dia.

Dalam banyak – banyak staff, yang betul – betul kekal aku dengan 4 orang lagi staff lelaki dengan perempuan. Yang lain, tak tahan dek kerana bekas manager itulah. Bukan kerja tak seronok tapi staff atasan yang per4ngai berlagak. Entah mana bekas manager itu sekarang. Semoga dia berubah dan baik – baik saja hendaknya.. Aamiin…

Amalina (Bukan nama sebenar)

Previous articleNestle akan menaikkan lagi harga makanan pada 2023
Next article“Lagi Mendalam Dengar Shuib Nyanyi Lagu Ni, Sebak Dengar..” – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here