Home Hiburan “Mana Kau Dapat Soalan Sampah Ni..”- Dituduh Curi Idea Johan, Zizan Razak...

“Mana Kau Dapat Soalan Sampah Ni..”- Dituduh Curi Idea Johan, Zizan Razak Mengamuk Buat Ozlyn Terkejut

337
0

Menerusi satu klip yang berkongsikan berkenaan Zizan Razak ditemu bual menjadi perhatian netizen di laman Tiktok. Temu bual yang berakhir dengan pertelingkahan itu membuatkan ramai terkejut dengan sikap beliau yang sangat beremosi pada ketika itu. Pada temu bual itu, kehadiran Ozlyn yang merupakan isteri kepada Johan kelihatan begitu risau akan tindakan Zizan dan cuba untuk menenangkan rakan suaminya itu.

Dalam temu bual tersebut, Zizan ditanya berkenaan isu beliau dengan Johan yang dikatakan persahabatan beliau hanya sekadar ingin mencuri idea sahabat seperjuangan sahaja. Beliau ditanya jika kenyataan itu benar benar berlaku dan hal ini membuatkan Zizan Razak terkejut mendengar kenyataan tersebut dan berasa emosi dengan soalan tersebut. Beliau menanyakan kembali dimana soalan tersebut diambil dan terus mengamuk kepada temu bual tersebut dengan memberi kenyataan bahawa beliau sudah berada dalam industri sudah lama berbanding penemu bual tersebut.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai reaksi diberikan berkenaan isu tersebut dan dapat dilihat Ozlyn yang cuba untuk mententeramkan keadaan yang emosi berasa sangat risau dan dapat dilihat pada wajah wanita tersebut. Namun mengikut sumber yang diperoleh, peristiwa itu dikatakan hanya untuk mengenakan Ozlyn kerana pada ketika itu merupakan ulangtahun kelahiran wanita tersebut. Apa apa pun para peminat mendoakan agar persahabatan antara Zizan Razak dan Johan semakin akrab.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Macam Penyanyi Asal…” -Nyanyian Maskot Arnab Dpt Pujian Ramai
Next article“Sy Org Felda, Sy Tergelak Tgk..”- Aksi Norman Hakim Angkat Sawit Diejek Warga Felda
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here