“Tahun lepas scammer yg sama telah menipu ramai mangsa. Kali ni , dia datang lagi guna nama facebook yang lain pula. Modus operandi dia sama, buat julan murah gila-gila, lepastu bila customer bank in, dia lesap.”
Isu scam atau perbuatan scammer di negara kita takkan pernah habis. Di tiktok milik @azlanazizisobry ada mengupas mengenai isu scammer. Beliau yang juga merupakan seorang pereka fesyen telah memberi penerangan berkenaan isu scammer yang berlaku dalam bisnes dia, dimana tukang scammer tersebut mengambil model, baju beserta gambar di facebook milik beliau dan menjual di page yang dicipta si scammer. Pereka fesyen tersebut telah membuat laporan polis dan melaporkan kepada skmm iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC). Tambah beliau lagi undang-undang mengenai scammer masih belum kuat untuk melindungi para peniaga online terutamanya.
“Undang-undang kita tak berapa nak kuat untuk melindungi kita sebagai pengguna, Jadi kita sebagai pengguna kena berhati-hati dengan scammer ni.”
Beliau juga menambah bahawa dia cuba untuk block akaun scammer tersebut namun bank account hanya boleh disekat jika ada perintah mahkamah.
Lihat video di tiktok :
@azlanazizisobry Tahun lepas scammer yg sama telah menipu ramai mangsa. Kali ni , dia datang lagi guna nama facebook yang lain pula. Modus operandi dia sama, buat julan murah gila-gila, lepastu bila customer bank in dia lesap. #scammer #tiktokguru_malaysia
Lihat juga komen warganet :
@Ameer : btul tu abg saya stuju,bila nk buka acc bank bukan main payah katanya takot scammer,tapi scammer ada gak
@dondun : sya kene scam 4k bang… g report , n report kt maybank, apa pon xleh buat….
@saifulaida6903 : setuju bang undang kita lemmah
@AzizyRahman : semua lemah..btoi apa Abg ckp..kena perbaiki byk lagi..
@Adam Azman : Bini sy dah terkena tahun lepas,3 pasang baju raya…kita penat cari duit..scammer senang ja buat mcm tu…sakit hati betol
Rata-rata komen bersetuju dengan pendapat pereka fesyen tersebut di mana netizen menyokong bahawa undang-undang di Malaysia adalah sangat lemah. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman ditipu oleh penjual online. Keugian yang dialami rata-rata bukanlah sedikit.
Baca juga : “Hati2 Dekat FB Ada Modus Operandi Scammers” Hati2 Warga FB Sekalian
Baca juga : Pura-Pura Jdi ‘Sengau’, Scammer Stress Nak Layan
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok