Home Hiburan “Lain Macam Kalau Zamani Tarik Lagu..” – Zamani Nyanyi Lagu Tiara, Tapi...

“Lain Macam Kalau Zamani Tarik Lagu..” – Zamani Nyanyi Lagu Tiara, Tapi Lain Pula Yg Org Tertarik

295
0

Siapa tidak kenal antara nama yang terulung di Malaysia pada era 90an, Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam. Beliau mulai terkenal dan digilai ramai menerusi lagu yang berjudul Gerimis Mengundang. Beliau telah lama menyepi tetapi telah Kembali bergiat aktif dalam dunia seni melalui rancangan televisyen Gegar Vaganza pada tahun 2018. Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan Zamani yang mengalami masalah kesihatan iaitu sakit tulang belakang (scoliosis). Jelas kelihatan tulang belakangnya semakin membongkok dan merisaukan netizen. Menurut Zamani, beliau akan menjalani pembedahan pada awal November ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial video Zamani menyanyikan lagu Tiara oleh kumpulan Kris yang dikongsikan oleh Aalan Ahmad. Video tersebut mendapat sebanyak 300 ribu tontonan, dan 20 ribu sukaan. Lagu itu telah kembali popular setelah dinyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar. Justeru, netizen ternanti-nanti nyanyian lagu itu versi Zamani.

Lain pula yang netizen tertarik?

Pada pendapat min, Zamani menyanyikan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri dan berjaya memikat hati netizen. Min perasan yang Zamani ada tersalah lirik pada awal nyanyian tetapi dia dapat mengawalnya dengan baik. Zamani yang terkenal dengan sikapnya yang bersahaja hanya memakai selipar jepun ketika bernyanyi.

Lihat klip dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat juga apa kata orang ramai:

@abeTOKYO_PAKMAON churang:suara brader zamani padu. Semoga brader zamani sembuh seperti biasa..terbaik lagend.

@Abg Wan:Antara artis yg pernah mempunyai zaman kegemilangan Di awal karier. Suara tatap menawan. Semoga diberikan kesihatan berpanjangan

@-𝕤𝕨𝕖𝕖𝕥𝕥𝕚𝕖𝕪-1721:@ntah.ape minat sangat dgn zamani dr zaman sekolah menengah lg..moga abg zamani diberikan kesihatan yg baik..Aamiin.

@@Rara♡:Dr dlu smpi skg ne suara zmni ttp padu,sedapp n mndayu..Tbaikkk, smoga sntiasa sihat zmni.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tktok Aalan Ahmad

Previous article“Sy Ni Artis Paling Trending..”- Balas Hentaman Awie Di Media,Tk Sangka Ini Jawapan Aliff Syukri
Next article“Bapak ‘Power’ Akak ni..” – Selamba Akak Ni Tarik Lagu Di Penjara Janji, Ada Yang Cakap Boleh Jadi Vokalis Wings
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here