Home Hiburan “Lagu Ni Terkenal Pon Sbb Dh Diubah..”- Baby Shima Tukar Genre Lagu...

“Lagu Ni Terkenal Pon Sbb Dh Diubah..”- Baby Shima Tukar Genre Lagu ‘Tiara’ Dihentam Netizen

238
0

Kini lagu Tiara yang merupakan lagu rock menjadi semakin popular disebabkan penyanyi pada zaman kini mula menyanyikan kembali lagu tersebut namun ditukar kepada beberapa genre dan ini membuatkan para peminat genre rock mula memberikan komen untuk tidak mengubah lagu asal kerana merisaukan lagu tersebut disalah erti dengan genre yang dibuat. Di Tiktok, Baby Shima telah menjadi perhatian netizen apabila beliau menyanyikan lagu Tiara versi dangdut dan membuatkan ramai terkejut setelah mendengarnya.

Mengikut sumber yang diperoleh, persembahan yang dilakukan oleh Baby Shima pada kali ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen kerana berani menyanyikan lagu Tiara menggunakan versi dangdut dan melodi lagu tersebut kelihatan begitu mantap dan padu sekali. Perubahan menggunakan genre yang berlainan memberikan satu nafas baru dan membuatkan lagu tersebut menjadi lebih dikenali oleh peminat untuk terus mendengar lagu tersebut. Kenyataan Baby Shima berkenaan persembahan beliau mendapat hentaman dari netizen.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@FEBRUARY:apa dah jadi dgn lagu2 Rock dulu2….plz la jangan di ubah2

@Eddyedy_:bukan pasal trend… pasal xtau dah nak buat lagu mcm mna… tu petik lagu2 legend tu…

@Hardi:apalah nasib lagu legend ni..masa AF di low key lagu ni..pastu si rafa meleleh..skrg didangdutkan…sedih betul

@Jaffry J Green:perubahan tanpa merosakkan orang lain tak pa. tak usik org dah la. lagu terbaik.

@Khairul Azmi Ibrahim:xyah kecam2. msti dia dh tya m. nasir nk buat lgu camni. kira ok la

@Asdamia85:nie lagu sedih byk maksud tersirat dan tersirat rasa x sesuai utk di ubah..

@Kejor Yeop Kejor:macam2 diaorang buat lagu Tiara..terbaru anaku Tiara

@user348343:terkejut tengok hang bkn terkejut dgr lagu

@SoA:entah nak kata apa kelu tiba2 lalu kat wall,

@Demy83:Doto hantan pernah berkata.. Die x kisah lagu tu jadi dandut skali pun.. Asal kan x meleweh hahahaha tag dato dn bg die komen

@Joker93:jg la ubah habis jiwe rock takut org igat tu lagu dangdut

@BalieeFernandes:Taknak try lagu dato hattan ? Ubah lagu dia ? Nak tengok jugak kene apa dengan dia

Nafas baru yang diberikan kepada lagu tersebut membuatkan lagu tersebut dipandang ramai namun sikap segelintir netizen yang tidak mengerti akan pembaharuan dan trend semasa membuatkan lagu tersebut dihentam hebat pada zaman kini. Apa apa pun nyanyian Baby Shima menggunakan versi dangdut begitu merdu dan sedap sekali kerana tidak mengubah sepenuhnya melodi lagu tersebut..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Lapar Perhatian La Ni..”- Iqram Dinzly Dianggap ‘Split Identity’, Anggap Netizen Kurang Cerdik
Next article“Babi Kalau Nk Halal Kena..”- Zizan Razak Berani Bg ‘Punchline’ Pelik Buat UAI Tergamam
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here