Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh seorang usahawan dan jutawan yang terkenal iaitu Dato Seri Vida menjadi bualan ramai apabila beliau berkongsikan berita kesedihan beliau mengenai lagu yang baru dinyanyikan oleh beliau baru baru ini tidak mempunyai penonton seperti yang beliau inginkan. Beliau menyangkakan bahawa lagu beliau akan dinaikkan seperti artis yang lain terus merasa emosi dengan pihak tersebut dan terus membuat satu klip untuk mengadu bahawa beliau tidak berpuas hati atas perkara tersebut.
Melalui klip tersebut, beliau menyatakan beliau sudah tiada keinginan untuk bernyanyi lagi kerana musik video beliau tidak dapat jumlah tontonan yang beliau inginkan dan beliau berkata lagi bahawa beliau bersusah payah keluarkan modal untuk menyiapkan rakaman beliau namun hampa kerana lagu yang beliau tayangkan baru baru ini tidak mencapai satu tahap yang beliau inginkan. musik video beliau yang ditayangkan di ‘Youtube’ telah mencecah lebih 3 juta tontonan itu belum mampu membalikkan modal yang beliau keluarkan dan beliau menyatakan bahawa beliau sedih dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak menyokong industri musik di Malaysia.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@sleeping:alhamdulillah,,sedar pun,,,dh jgn buat lgu lgi
@Akak kawasan:dato ada lagu ke? sori x amik pot pun
@Hazim Razali:DSV, sy punya lagu Terpisah Waktu, lg ciput je views..but, DSV jgn give up okay..kita ikhlas buat apa kita cinta, inshaAllah tuhan akn tolong kita..
@yati tiram:alhmdulilhhhhj..dah tak nak buattt dah..moga datok..dah sedar…syukurrr..
@Damhea Malaiqha:sedap lagu tu dato ….saya suka dato semua sy suka pasal dato.
@tehtarikkurangmanissatu:it’s a good song with catchy video and became popular.
@Roy Usman Launa:Dato Vida ke yng buat tu lagu? Sedap cuba Dato buat lagu bg penyanyi lain nyanyikan.. confirm boleh meletup…
@Mahmud Zen:Datuk kan Kaye raye…
Tan ape lah abis modal banyak..kan terkenal
@Qama’:ciput sebab ada kelemahan dan juga mungkin menyinggung perasaan org lain
@Krullz32:lagu tu ok kalau bg kat penyanyi yg pro.telinga kita dgr suara sndiri sedap tp org lain xanggp mcm tu.
@Tukang Tudung:apa kata dato bantu naikkan individu yang kurang bernasib baik tapi ada talent mantap. baru lh padu. bisnes and amal. 2 in 1
Ramai berpendapat bahawa beliau perlu berhenti menjadi seorang penyanyi dan hanya teruskan menjadi seorang usahawan yang berjaya dan menggunakan kekayaan yang dimiliki oleh beliau untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan. Walaupun lagu beliau dikatakan mempunyai satu aura dimana lirik lagu yang beliau cuba sampaikan begitu mendalam, namun suara beliau perlu terus diasah dan dibaiki jika benar kalau jutawan tersebut ingin terus mencuba nasib dalam industri musik tersebut.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram