Home Hiburan “Luruh Jantung Weh..”- Naim Daniel Ucap Raya Salah Konsep, Dapat ‘Prank’ Warga...

“Luruh Jantung Weh..”- Naim Daniel Ucap Raya Salah Konsep, Dapat ‘Prank’ Warga Netizen

147
0

Menerusi satu perkongsian dari salah seorang selebriti tanah air iaitu Naim Daniel membuatkan para netizen seperti hilang satu nyawa dengan perkongsian beliau dengan mengucapkan ucapan raya kepada para peminat. Konsep yang digunakan oleh beliau membuatkan ramai terkejut sehinggakan mendapat perhatian dari barisan artis sendiri. Perkongsian beliau membuatkan ramai berfikir apa yang ingin Naim Daniel cuba sampaikan sehinggakan sanggup membuat ‘prank’ sebegini kepada para netizen.

Pada perkongsian tersebut, Naim menggunakan konsep yang tidak masuk akal sehinggakan ramai menyatakan bahawa cara Naim hanya ingin membuatkan ramai terhibur. Konsep yang digunakan oleh Naim Daniel adalah menggunakan konsep yang menggambarkan orang yang telah pulang menjemput Ilahi. Konsep yang digunakan oleh beliau ternyata merupakan satu ucapan raya daripada beliau kepada para peminat. Konsep tersebut membuatkan ramai terkejut akan ‘prank’ yang dilakukan oleh Naim Daniel.

00 1

Pelbagai komen diberikan seperti:

“Gugur jantung ni sapa nak tanggung hah.”

“Terasa indah bila di prank di hari raya”

“Tah lah rasa nak tercabut jantung tengok konsep gambar. Bila baca baru macam berakal.”

“Cukup lah rayaaa dah terkejut.. jangan jut2 kan saya dengan gambar macam ni lagi”

“Hang ni mau kena penampaq pusing lokstaq”

“Bukan awak yg arwah , saya yg nyaris jadi arwah tengok ni”

“Baru habis dengar lagu sumpah tadi.. haish.. terkejut dibuatnya”

“Bila skali imbas org tgk post gini,org akan trtanya2 “soalan” tu..klu rmai yg brtanya/brcakap psl mninggal lama2 mnjd 1 doa..”

“Lain kali gambor jangan hitam putih bang kalau nak background gitu”

“Aduh laa…elok2 aku tgh baring, terus terduduk tgok gambar hitam putih mcm ni naim..naim”

“aih sekali pandang lain macam , terkejut woo”

Dalam perkongsian beliau, beliau menyatakan bahawa para peminat dan semua perlu sentiasa berdoa agar syawal pada kali ini mendapat keberkatan dari Ilahi. Walalupun konsep yang digunakan itu mengejutkan semua, namun ada terselit ucapan ringkas dari selebriti tersebut. Semoga Naim Daniel terus sukses dalam apa jua perkara yang dilakukan oleh beliau..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Instagram

Previous article“Lagu Aku Tak Balik Modal..”-Amukan DSV Punca Lagu Takde ‘Views’, Ingin Berhenti Jd Penyanyi
Next article“Ending Dia Mcm Tak Caye Je..”- Drama ‘Khilaf Asmara’ Tamat Tergantung, Netizen Syak Ada Musim Kedua
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here