Baru-baru ini pelakon, penyanyi serta usahawan terkenal, Nur Fazura, telah memuat naik sebuah hantaran mengenai ‘scammer’ yang telah menggunakan wajahnya bersama suami, Fattah Amin, sebagai duta produk minyak wangi di platform Tiktok.
Fazura telah memberikan amaran sebelum ini dengan memuat naik posting di Instagram miliknya untuk pihak tersebut tidak lagi menggunakan wajahnya sebagai duta produk minyak wangi RM1 itu.
View this post on Instagram
Namun, amarannya itu telah diendahkan oleh pihak tersebut dan membuatkan Faz, nama panggilan, untuk mengambil tindakan seterusnya iaitu dengan menyaman pihak terbabit.
“Kurang ajar, Tak boleh bagi muka orang macam ni…” – Fazura
“Penipu ni minta kena saman sangat ni, Saya tak halalkan duit awak dunia dan akhirat…” – Katanya
Dalam masa yang sama, pihak peguam bagi kedua-dua pelakon tersebut telah mengambil tindakan selanjutnya untuk memberikan saman kepada peniaga-peniaga itu.
Lihat Posting di bawah:
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.