Home Sedih “Klu Aku Tak Turun Mesti Dpt Teman Mama…”- Luahan Hati Anak Perempuan...

“Klu Aku Tak Turun Mesti Dpt Teman Mama…”- Luahan Hati Anak Perempuan Kehilangan Mamanya

218
0

“Aku tak patut turun, kalau aku tak turun mesti aku dapat bersama mama hingga akhir hayat dia tapi mungkin ada hikmahnya lah kan…..”

Begitulah antara luahan hati seorang anak perempuan yang baru sahaja kehilangan ibunya akibat dari kanser tahap 4 baru-baru ini. Jika masih ingat pada tahun 2021 pemilik akaun @ainje dan emaknya @sitihawa sering menghiburkan hati netizen di media sosial dengan membuat content yang mencuit hati. Rata-rata ibu mahu menjadi seperti mama ain yang kelihatan sentiasa bergurau manja dengan anak-anaknya.

“Mama Ain tu buat kan saya nak jadi mak yang hebat buat anak² saya. Doakan saya bonda anak 3”

“Mama inspirasi kami nak jadi mama hebat & bestfriend untuk anak anak. orang nama Ain ni kuat! Ain kuat macam mama”

“Suka tgk video ain and mama sebelum ni.. terkejut bila tahu brita ni ya Allah semoga Ain kuat! Salam takziah”

Rezeki, jodoh, ajal dan maut itu semuanya ketentuan Allah SWT. Kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Siapa sangka ibu kepada Nurul Ain yang sering tular di media sosial kerana gelagatnya bersama anak telah pergi menghadap Ilahi. Al-Fatihah.

Menerusi video tiktok yang dimuat naik oleh Nurul Ain sendiri, dia menceritakan pengalaman saat-saat akhir bersama mamanya dimana dia sedikit kesal tidak dapat menemani mamanya sehingga akhir nafas disebabkan dia pergi sekejap untuk makan. Namun, dia cuba berfikiran positif di mana dia mengatakan mungkin ada hikmah atas apa yang telah terjadi.

Lihat video luahan di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@akim’gf : stay strong ain, mama dh tunggu ain dgn semua kt syurga dh

@Qaseh Atikah : ain kuat ya.akak pnah rase apa ain rasa sbab arwah ma akk mninggal atas riba akk.mase tu akk mmg lembek xda daya.akk phm ain

@Ana Rihana : Stay strong sweet girl.. mama dah x sakit n semoga awk sekeluarga tabah dgn ujian ini ya..

@user3583788484997 : slm takziah buat mama Ain..tuhan tempatkan syurga lh tempat yang indah buat seorang ibu yang trbaik seperti mama Ain,ain harus kuat mcm mama Ain ok

@Nurul_Hannan87 : YaAllah..patut lama xnmpak tt mama ain..Al-Fatihah..salam takziah ain sekeluarga..semoga rohnya bersama org yg soleh..Aminn

Baca juga : Anak Murid Mengaku Disuruh Ibu Dan Teman Lelaki Ibunya, Meminta Sedekah dan Jual Tisu

Baca juga : “Dia Ejek Dekta Takde Ibu…”- Luahan Air Mata Dekta Akibat Diejek ‘Tiada Ibu’ Di Sekolah Buat Ramai Terkedu

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleMengejutkan, benda ini yang menakutkan ada dalam Tasik Titiwangsa!
Next articleTertekan akibat putus cinta, Wanita ini cuba terjun Jambatan Putrajaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here