Home Hiburan “Kesian Kena Prank Centu..”- Punca Janna Nick Jatuh Mcm ‘Kerang Busuk’ Di...

“Kesian Kena Prank Centu..”- Punca Janna Nick Jatuh Mcm ‘Kerang Busuk’ Di Live Angkara Rakan Artis Sendiri

236
0

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh artis terkenal iaitu Janna Nick menarik perhatian ramai apabila beliau dikhabarkan mendapat malu apabila terjatuh dari kerusi ketika menjadi juri di rancangan ‘ICSYC’. Peristiwa itu berlaku secara langsung dan telah mengaibkan beliau apabila kamera pada rancangan tersebut sempat merakam kejadian tersebut dan para peminat ramai menyatakan bahawa perkara tersebut adalah dirancang untuk mengenakan Janna Nick. Namun perkara tersebu tidak dipandang serius oleh Janna Nick dan menganggap perkara tersebut sebagai lawak jenaka sahaja dan sifat belliau yang dikatakan sangat ‘clumsy’ tidak kira dimana beliau berada.

Ketika klip tersebut dikongsikan, ruangan komen di aplikasi Tiktok milik beliau penuh dengan reaksi gelak tawa yang tidak henti dan ini membuatkan beliau sedikit malu dan mencalar sifat beliau sebagai seorang artis. Kamera yang sempat merakam peristiwa tersebut itu dikatakan turut terkejut dan masih terus menyiarkan kepada orang ramai dan membuatkan ramai ketawa geli hati melihat beliau jatuh kerusi seperti kerang busuk di siaran langsung pada ketika itu. Detik beliau sebelum jatuh kerusi adalah beliau cuba membuat lawak jenaka dan terus berlari ke arah kerusinya untuk duduk namun keadaan menjadi yang sebaliknya. Beliau jatuh ke belakang dan ini membuatkan barisan juri tidak henti tertawa sebelum membantu beliau untuk bangun.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Rakaman klip yang dikongsikan itu meraih lebih 2 juta tontonan membuatkan Janna Nick masih belum dapat menjelaskan sebarang kenyataan kerana malu akan keadaan tersebut. Ada yang menyatakan bahawa perkara tersebut dirancang oleh barisan artis itu sendiri kerana raut wajah rakan artis itu seperti sudah dapat mengagak akan perkara tersebut akan berlaku. Apa apa pun kita doa yang terbaik untuk Janna Nick dan semoga perkara tersebut tidak membuatkan beliau jatuh sakit dan masih dapat kembali menghiburkan para peminat di luar sana.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Sebab Dia Adik Sam..”- Punca Semangat Berlakon ‘7HM3’ Dgn Siti Saleha, Shukri Yahya Nampak Cerminan Artis Kegemaran
Next article“Tunjuk Sikit Je..”- Jep Perli PU Riz Isu Duit RM 14K Milik Bilal Di Sepahtu Reunion Buat Semua Tk Sangka
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here