Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh pasangan selebriti terkenal tanah air iaitu Bella Astillah dan Aliff Aziz yang kini bergelar ibu bapa buat dua cahaya mata mereka. Kehidupan mereka yang semakin bahagia dan harmoni itu ditayangkan di sosial media dan pelbagai aksi yang melucukan dipertontonkan. Anak lelaki kesayangan mereka yang diberi nama Ayden itu kini sudah semakin besar dan sihat dan pelbagai kisah yang mencuit hati si kecil itu lakukan dan apa yang menjadi perhatian ramai apabila baru baru ini si kecil itu cuba untuk membantu Bella untuk berniaga.
Difahamkan, klip yang dirakam oleh Bella Astillah sendiri mendapat perhatian semua dengan jumlah yang melebihi 1 juta tontonan apabila anak sulung mereka cuba membantu Bella Astillah dalam berniaga. Aksi si kecil itu membuatkan ramaiterhibur apabila Aliff Aziz sendiri terkejut dengan penyampaian anak kesayangan beliau itu. Ketika si kecil itu cuba mempromosikan barangan tersebut, beliau kelihatan seperti ingin mengamuk dan meragam sehinggakan boleh menyatakan bahasa yang membuatkan ramai tergelak dan terhibur. Para peminat tidak menyangka bahawa anak sulung Bella dan Alif kini sudah mampu membantu keluarga dan tidak kekok di hadapan kamera sama sekali.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@rarazee94:Tekejut bapak dia hahahahahahah
@linrose82:amboi garang betolll x padan kecik ni
@_NorShahidaa:aliff be like ha sudah siapa ajar ni anak ..
@saidah:Budak2 kecik zaman skrg dah ckap aku kau ye.. Beza btul dgn zaman kite dlu
@kak farzan:his father: dah kenapa dia ni dah beli Kan ? …
his mom(in heart): ikut mummy lah ni …
me: arghhhh so kiut…ever!!!!
@Wahie Wada:”kepala botaakkk betulll” hahahaha
Anak lelaki mereka ini mempunya pelbagai bakat dan ramai menyatakan bahawa msi kecil itu mewarisi dari ibu bapa yang mahir dalam berkarya. Ayden yang mempunyai suara yang persis seperti bapanya, Aliff Aziz pernah menjadi bualan ramai kerana tidak menyangka boleh menghafal lagu yang dinyanyikan oleh bapa si kecil itu sendiri. Kini, sejak Ayden mempunyai adik yang harus dilindungi dan disayangi, si kecil itu kelihatan matang dan boleh menjaga adik beliau dengan baik sekali. Semoga keluarga kecil Bella dan Aliff sentiasa bahagia dan harmoni..
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumbe dari Tiktok dan Instagram