Selepas 32 tahun menanti, Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) akhirnya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjulang Piala Malaysia semalam selepas menewaskan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 2-0 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan itu amat bermakna buat The City Boys apabila memiliki piala tersebut pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia dan sekaligus meraih tiket ke Piala AFC pada musim hadapan. Wah tahniah KL City!
Nama Kevin Medoza jadi sebutan
Sepanjang perlawanan berlangsung, penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza nampaknya telah mencvri perhatian netizen.
Bukan hanya disebabkan ketampanannya, namun ketangkasan Kevin dalam mengawal gawang gol daripada dibolosi bola sehingga ke akhir perlawanan juga membuatkan netizen terpegun.
Our Man Of The Match: Kevin Mendoza Of KL City #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/lJpJl0tfpw
— padangbolasepak.com🇲🇾 (@padangbolasepak) November 30, 2021
Bagi yang belum mengenali Kevin, beliau yang dilahirkan pada 29 September 1994 ini merupakan pemain bola sepak profesional yang juga bermain buat Pasukan Kebangsaan Filipina.
Kevin telah dilahirkan serta dibesarkan di Denmark ini mempunyai kacukan Filipina yang mana membuatkan dia mampu bermain buat pasukan Denmark dan Filipina di peringkat antarabangsa.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sudah berkahwin dengan gadis Denmark
Menerusi carian di Instagram Kevin yang kini sedang meningkat followersnya ke 47,000 pengikut ketika artikel ini ditulis, beliau sudah pun berkahwin dengan gadis Denmark bernama Nadia Baekgaard.
Nadia ialah seorang pereka grafik dan kini menetap di Malaysia bersama Kevin.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Apa-apapun tahniah diucapkan buat pasukan KL City dan semoga kerjaya Kevin dalam sukan bola sepak selepas ini terus menyinar.
Sumber: Lobak Merah