Home Hiburan “Kejadian Banjir Terbvruk Turut Beri Cab4ran…,” – Tahniah! Uyaina Arsyad & Raja...

“Kejadian Banjir Terbvruk Turut Beri Cab4ran…,” – Tahniah! Uyaina Arsyad & Raja Syahiran Selamat Bernikah

195
0

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad, 29, kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan yang juga penyanyi, Raja Syahiran, dengan sekali kali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Colony by KLCC pada jam 9.03 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung kepada Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arsyad bersaksikan Pendaftar Penikahan Percer4ian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah dan dua orang saksi.

uyainaarshad 258885219 278637174222895 1713278310546770717 n

rajasyahiranmy 171733052 1210630059393375 5769338448591609918 n

Dalam majlis itu, Syahiran atau nama sebenarnya, Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina.

Bagaimanapun, tiada pertukaran dulang hantaran yang dibuat diantara kedua belah pihak dan jumlah wang hantaran tidak dided4hkan atas persetujuan kedua belah keluarga.

CCC24F3D A9B7 4EB9 8E5A 4ABAD9D8A5D6

A97EE549 BCF9 44E5 9650 D3ADDE1A1E60

Pelakon drama Perempuan Tanpa D0sa ini melahirkan rasa syukur acara akad nikahnya berjalan dengan lancar biarpun pelbagai dvgaan yang perlu ditempuh.

“Alhamdulillah… majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.

Majlis akad nikah mereka dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi.

8A9CFABD 522A 4C9A 8149 C1A234323C9F

Dalam pada itu, pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu mereka namun terp4ksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan v4riant baharu C0vldl9.

“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya.

Memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka, URS adalah akronim *Uyaina Raja Syahiran* dan juga merupakan singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.

89816ECB 5920 4EBA A51F 2D0FFE1FB434

Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini disebabkan oleh lagu yang dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan buat Ummi kepada Uyaina, Siti Noor Farah.

Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari nanti.

Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

Previous articleDah selamat nikah. Gara2 Hal Ini pengantin batal majlis kahwin saat akhir, Ksedihan Trubat dpt jamu lauk kenduri bt mngsa bnjir
Next articleUqasha buat ‘review’ Kamal Adli pula usik nyanyi, suara dikatakan macam Anuar Zain
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here