Home Hiburan Kec0h Dukung Pelakon Wanita, Ini Komen Padu Zul Ariffin

Kec0h Dukung Pelakon Wanita, Ini Komen Padu Zul Ariffin

153
0

Tidak lokek berkongsi ilmu, pelakon popular, Zul Ariffin, 35, menyatakan kesediaannya untuk memberi tunjuk ajar kepada mana-mana pelakon baharu yang digandingkan bersamanya sama ada dalam filem mahupun drama.

Bagaimanapun, menurut Zul, ‘syarat’ utama yang ditetapkan olehnya adalah pelakon tersebut perlu sanggup untuk membuang ego dalam diri selain meletakkan dedikasi yang tinggi untuk belajar dan memperbaiki mutu lakonan.

kontroversi dukung heroin zul ariffin kata tak rasa apa apa macam dukung kerusi je 61a887b162f58

Foto: IG

“Penonton dan peminat meletakkan harapan besar untuk melihat lakonan dan gandingan yang berkesan apabila melihat seseorang pelakon yang diminati tampil di kaca televisyen. Saya terbuka untuk bergandingan dengan sesiapa pun sama ada dia pelakon baharu atau lama.

“Malah saya juga tidak kisah untuk membantu, mengajar pelakon baharu asalkan mereka mahu belajar, letakkan dedikasi dan buang ego mereka ke tepi.

“Penonton percayakan lakonan saya dan bila saya keluar di kaca televisyen, mereka meletakkan harapan untuk melihat keberkesanan lakonan dan dengan siapa saya bergandingan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Zul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 di Hotel Royale Chulan The Curve, semalam.

FFM31 akan berlangsung pada 10 Disember depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang mempertaruhkan 55 buah filem.

Buat pertama kalinya, pemenang Filem Terbaik akan membawa pulang trofi dan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.

Selain itu, dalam rendah diri, pelakon filem Penunggang Agama itu berkata, dia bukanlah seorang pelakon yang baik, namun akan cuba untuk menjadi pasangan aktor yang mudah memberi kerjasama.

“Bila berlakon, kita tidak boleh ‘fly’ solo. Kalau saya seorang yang memberi, ia tidak akan menjadi. Jadi saya tidak kisah untuk ‘baby sit’ pelakon gandingan saya di set penggambaran, walaupun saya tidak dibayar untuk berbuat demikian,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Dalam pada itu, ditanya mengenai keterbatasan lakonannya selepas memilih untuk mendalami agama bersama Ustaz Ebit Lew sebelum ini, aktor ini ada jawapan tersendiri.

Menurutnya, dia mahu memperbaiki lisan dalam usaha menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Ramai sudah tanya soalan ini dan apa yang boleh saya katakan, saya akan cuba jaga lisan dahulu. Perubahan itu akan berlaku secara perlahan-lahan.

“Bila berlakon, bukan saya yang request untuk dukung her0in saya. Tetapi saya hanya mengikut perjalanan cerita yang ditetapkan.

“Kalau dukung pun, saya tak rasa apa-apa. Terasa seperti mendukung kerusi sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Zul pernah terkait dengan kontroversi mendukung her0in dalam sebuah drama lakonannya sehingga mencetuskan kontroversi. -CARI

Sumber: Utusan Online

Previous article“Nak S4ngat Anak Ramai Kan..”Wawa Zainal Sengaja Bvli Aeril Supaya Setuju Tutvp Kilang!
Next articleAkhirnya Terbongkar Juga Punca Siti Saleha Nak Sangat Cer4i Dengan Suami
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here