Rakan-rakannya pernah menegur mengatakan mereka rasa pelik dengan kerjanya yang suka mengutip daun kering, namun mereka kemudiannya faham selepas mengetahui sebabnya. Lelaki yang dikenali sebagai Jalani Ibrahim mula mengutip daun ketapang kering yang mudah didapati di tepi pantai Port Dickson sejak beberapa bulan lepas.
Meskipun kelihatan sedikit aneh, tetapi daun-daun kering yang dikutipnya sebenarnya merupakn salah satu punca rezeki buatnya. Hal ini kerana daun-daun kering itu kemudiannya akan dijual bagi mendapatkan wang. Menurut Jalani, dia boleh untung sebanyak RM2 bagi setiap 23 keping daun kering sudah yang siap dibungkus.
Baca Juga: Nelayan Jumpa Makhluk Serupa Seperti Anak Naga, Sekali Nama Sebenar Makhluk Buat Ramai Terkedu
Baca Juga: Penduduk Gempar Dengan Kemunculan Fenomena Awan Tebal Aneh Seakan Gelang Bercahaya Di Kaki Langit
Pembeli-pembeli bagi daun-daun kering itu adalah dikalangan para peminat ikan laga kerana mempunyai khasiatnya bagi mengekalkan kesihatan ikan berkenaan. Daun-daun itu memang dicari oleh golongan peminat ikan laga kerana spesies ikan itu akan menjadi lebih sihat jika daun itu diletakkan ke dalam akuarium atau balang.
Kebiasaannya, Jalani akan mengutip dua beg plastik berisi daun itu dan setiap satunya boleh menghasilkan 10 pek daun kering ketapang.
“Tiada modal diperlukan dan saya hanya ambil sedikit masa pada waktu petang untuk mengutip daun kering itu untuk diproses dan dijual,” tambahnya lagi. “Meskipun untungnya tidaklah besar tetapi saya rasa ia berbaloi kerana saya hanya mengeluarkan wang untuk membeli garam bagi tujuan memproses daun kering itu,”
Menurut laporan Kosmo!, Jalani yang turut memelihara lebih kurang 200 ekor laga di rumahnya turut memberitahu bahawa khasiat daun ketapang yang diproses ini boleh merawat ikan laga yang sakit, menaikkan warna ikan, bagi cepat sihat dan agresif serta mengawal suhu air.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Nang