Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad merupakan seorang pelakon, pengacara, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia. Baru-baru ini hangat dikatakan apabila Sharnaaz memuat naik ‘IG Story’ mengenai pengarah-pengarah filem di Malaysia.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik memes.puaka yang menunjukkan Sharnaaz telah ditemu bual oleh media mengenai isu tersebut. Klip video tersebut menunjukkan Sharnaaz yang mengatakan ketidak puasan hatinya terhadap pengarah-pengarah drama dan filem yang telah betul-betul menggunakan tenaga pelakon sewaktu ‘shooting’. Sharnaaz yang mengatakan sepatutnya pihak FINAS lebih teliti dengan tugasan yang diberikan oleh pengarah-pengarah kepada artis. Sharnaaz turut mengatakan bahawa artis hanyalah manusia dan bukannya haiwan yang mahu “dilenjan” sehabis-habisnya.
Rata-rata netizen juga menyokong pendapat yang diberikan oleh Sharnaaz tersebut. Ramai juga yang meengatakan mereka suka mendengar respon Sharnaaz kerana Sharnaaz sangat jujur dan berterus terang tanpa menjaga mana-mana pihak. Ada juga yang turut mengatakan bahawa Sharnaaz mempunyai pengalaman yang lama dalam industri seni dan disebabkan itulah beliau tahu perangai-perangai pengarah.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 400K tontonan, 15K sukaan dan 400 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang:
@Aliez Hywp: sbb tu aku suka dia. dri dlu smpi la ni. dia kasar tp dia jujur. aku suka. dia xdrama. apa yg dia kritik slalunya mmg betoi
@solehahismail: Mamu kalau cakap mmg trbaik, dia menegakkan bnda yg btul, apa dia ckp bdsarkan pnglman bkn ckp kosong Mamu trbaik
@Hann_: Aku setuju. Dulu masa jadi shooting crew mmg crew pun kene lenjan sekali. Tidur 2-3 jam je esok call time 6-7 pagi gila apa. Crew pun penat kot.
@adysiam: Mamu klu bgi mmg tepek sgt tpi mmg betoi lh apa yg mamu shanazz nie ckp mmg Terbaik #syistem #,finas jgn tidoq
@rynntasha: dia tk hipokrt..and dia brani..mint dia dri dlu..dia bran klau jumpe org bdoh jerr
@𝓝𝓲𝓷𝓲𝓴𝓸 𝓚𝓪𝓶𝓲𝓬𝓱𝓲: kadangkala media yang banyak tambah serbuk perasa dalam carita untuk bagi sedap lagi kontroversi yang ada..
@Muhammad Izwan: betul la apa yang lan todak pernah cakap “aku tak kesah pun dia mati sebab aku tak berapa suka dia pun”
@kobisbungx: Kalau hasil kerja tu baik sgt xpe..industri pun bukan besar mana..tp push org mcm standing dgn filem/drama luar…tup2 filem/drama carca marba jgk…
Sumber: Tiktok, Wiki