Home Isu Semasa Tidak Perlu Lagi Menyamar Untuk Panjat, Menara Merdeka 118 Kini Dibuka Untuk...

Tidak Perlu Lagi Menyamar Untuk Panjat, Menara Merdeka 118 Kini Dibuka Untuk Orang Awam

192
0

Baru-baru ini, heboh di laman sosial apabila seorang wanita Russia yang menceroboh bagi memanjat Menara Merdeka 118. Dia mendedahkan dia memakai tudung dan menyamar sebagai pekerja pembinaan untuk memasuki bangunan tertinggi negara itu.

Pendedahan wanita dikenali sebagai Angela Nikolau itu dibuat melalui Twitternya, memperincikan bagaimana dia menghabiskan beberapa minggu untuk mencari butiran-butiran penting berkaitan sebelum misi berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Perbuatan tersebut mendapat kecaman yang hebat dari rakyat Malaysia. Mereka hairan bagaimana wanita tersebut dapat terlepas untuk naik menara tersebut. Ada yang menyalahkan pihak sekuriti bangunan, ada juga yang menyalahkan pihak polis sendiri.

Di halaman tiktok, tular satu video hasil kongsian Skycrappers My. Video tersebut menerangkan yang Menara Merdeka 118 itu memang boleh dipanjat. Ia bukan untuk pasangan Rusia itu shaja, tetapi orang awam pun berpeluang untuk panjat menara tersebut. Hal ini kerana di dalam menara tersebut terdapat platform khusus untuk meninjau pemandangan Kuala Lumpur dari paras 566 meter.

Buat pengetahuan, dari awal menara ini dibina ia sudah dirancang untuk orang awam naik sehingga ke puncak. Namun ia hanya dibuka sampai 566 Meter. Pasangan Rusia yang menceroboh tempoh hari naik sehingga 679 meter.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Skyscrapers MY:Dari awal menara ni dibina dah dirancang untuk orang awam boleh naik kat puncak. Tapi sampai 566m je. Yg warga asing ceroboh hari tu sampai atas 679m.

@musirah munaf:org awam boleh naik tapi berbayar. org luar free je😂

@Liaoliao:Takde la naik batu cave pun dah menggigil lutut

@ceo mozek:patut buat tour utk jana income. cas la sekepala rm30 ke naik sampai puncak

@nuraisyah040905:boleh masuk rupannya

@Mohd Ridzuan:Nanti ada la event Towerthon kat sini nanti. Lumba naik tangga sampai puncak.

@Zharif Cz:118 ni selalu nampak kena panah petir dkt atas sekali tu.

@R A R A 🪐✨:atas tu ada observation deck. mat salleh ritu marketing je kemon kita subcon pnb118 la

@ndrhshf:Dah naik and it was a great experience! KL so cantik from up there

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Kau tak puas hati apa…” – Sharnaaz mahu FINAS ambil tindakan
Next articleRM49.2 Juta Tersilap Masuk Akaun, Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Pening

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here