Home Hiburan “Kau Gil4 Ke Nak Panau…” – Ramai Terhibur Lihat Mas tarik baju...

“Kau Gil4 Ke Nak Panau…” – Ramai Terhibur Lihat Mas tarik baju Jebat

222
0

Drama bersiri ‘Bukan Kerana Ku Tak Cinta’ yang pernah ditayangkan di televisyen suatu ketika dahulu kini menjadi perhatian ramai apabila klip tersebut mendapat lebih setengah juta tontonan. Drama tersebut menjadi semakin hangat apabila ramai baru menyangka lakonan yang dilakonkan dari barisan pelakon begitu mantap dan profesional. Lakonan utama yang begitu tersohor iaitu Sharnaaz Ahmad yang memainkan watak Jebat dan Nelydia Senrose yang memainkan watak sebagai Mas.

Kisah mereka yang penuh onak dan duri dan disatukan dengan satu lafaz membuatkan drama tersebut menjadi hangat apabila pelbagai ujian yang mereka perlu hadap untuk mengukuhkan rumahtangga mereka.

Difahamkan, aksi yang menjadi perbualan orang ramai pada klip tersebut mengenai kisah Mas dan Jebat yang telah pun menjadi sepasang suami isteri dan Mas
berasa pelik akan sikap suaminya yang cuba untuk menyembunyikan sesuatu daripada beliau.

Ketika Jebat cuba mengarahakan isteri kesayangan untuk mandi, Mas cuba bermanja dengan suaminya untuk turut serta ke bilik air bersama beliau namun ditolak lembut oleh Jebat kerana beliau masih belum ada keberanian untuk berdepan dengan isterinya tentang rahsia yang dipegang oleh beliau. Beliau risau isterinya akan membenci beliau kerana rahsia yang dipegang oleh beliau sepanjang perkahwinan beliau.

Tontonan penuh boleh ditonton di :

Pelbagai komen dan reaksi diberikan seperti :

@Nopalnakpemes:andai istri ku begini nanti.HAHAHAHAHA

@Asmahani Hamzah:cerita ni saya nak sgt laki mcm jebat..dia kasar tp actually dia syg, caring, tanggungjwb

@kidd:iman tak dapat diwarisi dari seorang..

@aprilries21:drama ni kira agak berani dlu..masa tu pernah tgk ngan mak..mak kata Allahuakbar apa nk jd drama skrg ni..

@gelek tiang:ingat lan todak..ada pelung tu jgn lepaskan

@pucuk ubi:drama bersiri & telefilm mmg layan cite ni,sbb nmpk natural cara diorg berlakon,tp part gaduh je nmpk x real

@???????????:Cite ni dah lama dah tiba viral

Walau bagaimnanpun aksi tersebut membuatkan ramai geli hati kerana riak wajah Jebat pada ketika itu. Beliau kesal dengan tindakan beliau namun beliau masih berpegang teguh untuk merahsiakan sesuatu yang berada di badaanya dari pengetahuan isteri beliau.

Lakonan yang begitu mantap dari Sharnaaz dan Nelydia membuatkan
mereka mendapat pelbagai pujian atas sikap dan etika yang profesional diberikan ketika berlakon dengan watak yang dimainkan itu.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Saya cuma tertinggal..”-Netizen Puas Hati Heroin Akhirnya Pulang P4ku Buah Keras
Next article“Saya ulang dekat 10x ni..”- Fenomena Lagu ‘Burung Puyuh Burung Ketut’, Rupanya2 Ini Pencetus
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here