Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut setelah disyaki terjatuh dari tingkat 14 di sebuah hotel yang terletak di Kota Kinabalu.
Siasatan awal mendapati bahawa mangsa jatuh dari tingkat 14, ke kawasan beranda tingkat 5 hotel tersebut.
Pihak bomba yang menerima panggilan berkenaan pada jam 6.44 pagi, segera ke tempat untuk membuat siasatan lanjut. Pasukan bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah.
Baca juga : “Masatu Hujan Lebat Di LPT…”-Hampir Maut, Pereka Fesyen Terkenal Kemalangan
Baca juga : 7 Maut Dalam Kemalangan Sebuah Van Di Genting Highland
Difahamkan bahawa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, dan akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Ibu bapa disarankan untuk sentiasa memantau anak-anak kecil mereka, lebih-lebih jika mereka berada di tepi tingkap mahupun beranda yang tidak dipagar. Diharapakan agar perkara sebegini tidak akan terulang lagi hendaknya.
Sumber : FMT