Pelakon Aidil Aziz menunjukkan profesionalisme ketika menyaksikan isterinya, Fasha Sandha, menjalankan adegan mesra dan beberapa aksi panas dalam drama bersiri Rampas Cintaku 2.
Aidil menyatakan bahawa isterinya hanya melaksanakan tugas sebagai pelakon dan bersungguh-sungguh untuk memberikan prestasi terbaik dalam karyanya. Katanya, Fasha telah memberitahu secara terperinci mengenai keseluruhan plot drama tersebut sebelumnya.
“Saya sudah tahu Fasha akan buat adegan sedemikian kerana dia sudah maklumkan dengan saya seluruh jalan cerita drama Rampas Cintaku 2 termasuk karakternya…” – Katanya
“Sebagai pelakon sudah menjadi adat apabila ada yang menerima dengan positif dan ada yang menerima dengan negatif…” – Katanya lagi
“Saya percaya semua pelakon tahu apa yang mereka lakukan dan itu menjadi tanggungjawab mereka untuk menyampaikan dengan baik dalam setiap lakonan masing-masing…” – Tambahnya
“Itu bukan Fasha yang lakukan tetapi watak yang dimainkan Fasha sahaja iaitu Datin Safiya…” – Tambahnya lagi
Sementara itu, apabila ditanya tentang rasa cemburu, aktor berumur 38 tahun itu menjelaskan bahawa dia tidak merasakan emosi cemburu kerana dia memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pelakon.
“Sebagai pelakon menjadi tanggungjawab mereka untuk buat yang terbaik menerusi watak yang diberikan, habis sahaja daripada penggambaran dia adalah isteri saya. Kami mengamalkan sikap profesional, itu yang lebih penting…” – Jelasnya
“Sekiranya saya tidak bekerja dalam industri, berkemungkinan perasaan cemburu itu akan timbul apabila melihat isteri saya melakonkan babak sedemikian…” – Jelasnya lagi
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram, Portal
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.