Datuk Seri Aliff Syukri menyuarakan kegeramannya terhadap kritikan negatif terhadap penggunaan artis atau individu viral dalam pemasaran. Dia menyeru netizen untuk melihat dari sudut positif dan menyatakan ketidakpuasan terhadap kurangnya pujian terhadap sumbangan zakat dan pembayaran cukainya.
“Inilah orang Melayu benda baik tak nak pandang, benda buruk sahaja pandang, saya bayar LHDN dan zakat puluh juta, ada orang pandang?…” – Katanya
“Sebab itu saya nasihatkan jangan lihat perkara ini dari sisi negatif, kalau saya tak ambil artis atau individu buruk tu mereka tiada pekerjaan dan buat perkara bukan-bukan macam mana?…” – Katanya lagi
“Bukan saya suruh mereka selak kain, saya suruh jadi model… apa masalah netizen…” – Jelasnya
Kontroversi seputar pilihan Aliff Syukri menggunakan Ira Kazar sebagai model telah memicu perbincangan dan mencetuskan cadangan untuk memboikot produknya. Situasi ini mencerminkan kepekaan masyarakat terhadap pilihan dan tindakan public figure dalam bidang pemasaran.
Lihat klip video di bawah:
Sumber: Youtube
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.